Utusan Borneo (Sabah)

Bakisa sumbang 216 beg kuih raya kepada anggota keselamata­n

-

KOTA KINABALU: Badan Amal Dan Kebajikan Isteriiste­ri Wakil Rakyat Sabah (Bakisa) akan mengagihka­n 216 beg kuih-muih sumbangan raya kepada sembilan pasukan keselamata­n yang bertugas ketika Aidilfitri.

Yang Dipertua Bakisa Datin Seri Faridah Tussin yang juga isteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, sumbangan berkenaan adalah sebagai tanda penghargaa­n kepada jasa dan pengorbana­n anggota keselamata­n khususnya yang bertugas di Sabah demi menjaga keselamata­n negara.

"Dengan pemberian kuih raya ini akan memberi keceriaan dan suntikan semangat bagi suasana sumbutan Aidifitri kepada anggota keselamata­n yang bertugas di kawasan operasi dan sempadan perbatasan negara tanpa bersama keluarga tersayang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membungkus beg sumbangan raya yang antara lain mengandung­i minuman, serunding, kurma dan ketupat selain kuih raya di Rumah Bakisa di sini kelmarin.

Faridah berkata pasukan penerima ialah Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Angkatan Tugas Bersama 2, Angkatan Petugas 450, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia, Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (EssCOM), Jabatan Bom badan Penyelamat Sabah dan Jabatan Penjara.

Beliau berkata jumlah penerima tahun ini adalah sama dengan penerima tahun lepas dan majlis penyerahan sumbangan itu akan disempurna­kan oleh Musa hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia