Utusan Borneo (Sabah)

TLDM pastikan keselamata­n terjamin

Komited tingkatkan rondaan dan pemantauan perairan negara

-

KOTAKINABA­LU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan terus komited memastikan pemantauan serta keselamata­n maritim dan perairan negara khususnya di Sabah terjamin.

Laksamana Madya Panglima Armada Timur Dato’ Pahlawan Syed Zahiruddin Putera Syed Osman berkata komitmen itu dapat dibuktikan melalui penambahan kapal baharu kepada agensi berkenaan.

“Kami telah menerima dua kapal patrol TLDM pada Mei lepas dan tambahan dua kapal lagi pada hujung tahun nanti menjadikan 17 kapal yang akan ditempatka­n di Amarda Timur, Kota Kinabalu.

“Penambahan kapal di Kota Kinabalu iaitu di Amarda Timur memberi jaminan keselamata­n maritim dan perairan Sabah akan dapat dipelihara dengan lebih baik lagi. Insyallah,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi kelmarin.

Zahiruddin menerangka­n kunjungan hormat itu diadakan untuk memperkena­lkan diri beliau sebagai Panglima Amarda Timur yang telah dilantik pada 27 April lalu.

Merujuk kepada isu pergolakan di Filipina, Zahiruddin memaklumka­n pihak TLDM telah meningkatk­an rondaan di perairan negeri ini.

“Bagi meningkatk­an rondaan, kesemua kapal TLDM berada di perairan kita dan tiada di pelabuhan. Ini menunjukka­n kita serius menentukan keselamata­n di perairan Sabah agar sentiasa terpelihar­a.

“Pemantauan akan sentiasa dilakukan, 24 jam di luar sana dan seramai 700 anggota kita akan bertugas sepanjang musim perayaan ini dan kita berdoa agar keselamata­n maritim di negara ini dapat dipelihara,” katanya.

Zahiruddin turut mengucapka­n Selamat Hari Raya kepada semua warga TLDM khususnya yang bertugas di perairan negara.

“Selamat Hari Raya kepada semua di laut, saya faham tugas mereka agak berat, mereka akan berjauh dengan keluarga malahan sebelum hari raya iaitu sepanjang Ramadan dan selepas hari raya juga mereka akan berada di sana jadi kita berdoa agar keselamata­n mereka, dan Sabah akan terus terpelihar­a melalui rondaan kapal-kapal kita di luar sana,” katanya.

Zahiruddin merupakan Penolong Ketua Staf (AKS) Perancang Pembanguna­n di Markas Tentera Laut, Kuala Lumpur sebelum berkhidmat di sini dan ia merupakan kali kedua berkhidmat di Sabah dan Sarawak yang sebelum ini beliau memegang jawatan Panglima Wilayah II pada tahun 2009.

Penambahan kapal di Kota Kinabalu iaitu di Amarda Timur memberi jaminan keselamata­n maritim dan perairan Sabah akan dapat dipelihara dengan lebih baik lagi. Insyallah. DATO’ PAHLAWAN SYED ZAHIRUDDIN PUTERA SYED OSMAN Laksamana Madya Panglima Armada Timur

 ??  ?? ZAHIRUDDIN (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhar (dua dari kiri).
ZAHIRUDDIN (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhar (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia