Utusan Borneo (Sabah)

Curi beg komputer riba, lelaki kena 15 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang mencuri sebuah beg komputer riba dikenakan penjara 15 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Jailon Madijupul, 47, selepas mengaku bersalah.

Tertuduh yang disabitkan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, mencuri beg berkenaan milik Jackin Sontiah,34,yangmengan­dungi kad pengenalan dan pas pengenalan diri.

Kesalahan itu dilakukan pada 28 Mei lalu jam 6.30 petang, di kedai runcit Myra, Kampung Air, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Berdasarka­n fakta kes, satu laporan polis dibuat oleh pengadu yang mengatakan, beg komputer riba miliknya dicuri.

Bertindak berdasarka­n maklumat, satu laporan tangkapan terhadap tertuduh diterima pada 29 Ogos.

Hasil siasatan, menunjukka­n tertuduh membawa beg berkenaan balik ke biliknya di Sinsuran, di sini.

Ketika rayuan, Jailon menyatakan mengenali wanita terbabit dan membawa beg berkenaan kerana risau orang lain akan mengambiln­ya.

“Apabila saya kembalikan beg itu, barang lain sudah tiada. Orang lain yang mengambiln­ya dan pada masa itu saya dalam keadaan mabuk,” katanya.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh yang tidak diwakili peguam menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap dan barang kes dikembalik­an kepada pemilik asal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia