Utusan Borneo (Sabah)

Laksana segera Akta Keselamata­n Siber

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Akta Keselamtan Siber perlu segera dilaksanak­an supaya tindakan undang-undang boleh diambil kepada pihak tertentu yang tidak bertanggun­gjawab dan mempunyai niat buruk.

Pengerusi Biro Komunikasi dan Multimedia Upko Pusat Felix Joseph Saang berkata sudah tiba masanya bagi kerajaan bertindak tegas terhadap gejala tidak sihat di alam maya yang boleh mengancam keselamata­n negara.

“Sebelum ini, kita sering berbicara tentang betapa pentingnya kerajaan memantau segala aktiviti di alam siber yang boleh membawa kemudarata­n kepada masyarakat.

“Kita menyentuh soal penyebaran fitnah, tohmahan, berita yang tidak sahih, menanam sifat kebencian kepada para pemimpin negara, perjudian, penipuan dan sebagainya. Namun apa yang lebih membimbang­kan hari ini ialah penyebaran fahamam ekstremism­e melalui media sosial.

“Kita tidak ingin melihat kumpulanku­mpulan pengganas ini menyebarka­n fahaman atau pengaruh mereka dengan mudah melalui media sosial,” katanya.

Katanya kerajaan perlu memantau dan mengekang pihak ekstremis daripada mempengaru­hi rakyat Malaysia untuk menganggot­ai mana-mana kumpulan atau fahaman yang mengancam keamanan dan keselamata­n negara.

Sejak kebelakang­an ini, katanya, kita sering mendengar kekerapan serangan keganasan yang berlaku di beberapa negara. Perkembang­an itu amat membimbang­kan dan perlu perhatian yang amat serius daripada kerajaan.

Felix berkata dalam era globalisas­i dunia tanpa sempadan hari ini, jarak, waktu atau ruang bukan lagi menjadi penghalang kepada mana-mana pihak untuk menyebarka­n apa juga fahaman atau ajaran mereka. Kecangggih­an teknologi masa kini telah membolehka­n kesemua perkara itu berlaku.

Sehubungan itu, sudah tiba masanya kerajaan bertindak tegas dan memperkena­lkan Akta Keselamata­n Siber demi menjaga dan menjamin keselamata­n negara.

Namun, beliau yakin kerajaan amat menyedari perkara itu dan sudah pasti akan mengambil langkah-langkah yang seharusnya perlu dilakukan.

“Saya gembira dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, baru-baru ini, di mana beliau telah menyatakan bahawa kerajaan akan membentang Akta Keselamata­n Siber yang memberi tumpuan kepada usaha mengekang serta mengurus ancaman jenayah siber termasuk memantau usaha pihak tertentu merekrut pengganas pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Felix yang juga Pegawai TugasTugas Khas kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata semua pihak harus menyokong usaha kerajaan dalam memastikan penggunaan dan perkembang­an alam siber sentiasa terkawal dan terjaga,” katanya.

 ??  ?? FELIX
FELIX

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia