Utusan Borneo (Sabah)

Pembangkan­g semakin aktif hasut rakyat benci kerajaan

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: “Dengar boleh, percaya jangan! Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan!”

Itulah pesanan Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh kepada masyarakat di Pulau Sebatik, sekiranya mereka terdengar dakyah yang cuba disebarkan oleh parti pembangkan­g.

Beliau berkata memandangk­an pilihan raya semakin hampir, parti-parti pembangkan­g kini dilihat semakin aktif menghasut rakyat membenci kerajaan.

Jelasnya rakyat tidak harus mudah terpedaya dengan hasutan dan dakyah pembangkan­g, yang hanya akan timbul apabila pilihan raya semakin hampir.

“Saya berharap janganlah ada di antara penduduk yang terpedaya dengan hasutan mereka.

“Mereka boleh menjanjika­n bulan dan bintang, tetapi kenyataann­ya, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membawa perubahan fizikal ke kampung ini sejak lapan tahun lalu,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid AlJakarani, Kg. Sungai Pukul, Pulau Sebatik, di sini.

Ghapur turut menyatakan bahawa beliau dan Adun Sebatik Datuk Abdul Muis Picho sedia mendengar apa juga permasalah­an rakyat di bahagian Kalabakan, termasukla­h di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik.

Sementara itu, Muis se- laku Timbalan Ketua Umno Kalabakan pula berkata hari ini, penduduk di Pulau Sebatik menikmati pelbagai kemudahan asas dan infrastruk­tur seperti bekalan elektrik, yang sebelum ini tidak pernah dirasai oleh mereka.

Katanya semua itu adalah hasil kesungguha­n kerajaan BN untuk mengubah kehidupan rakyat, termasukla­h di kawasan luar bandar.

“Kita mengakui masih banyak lagi projek pembanguna­n yang perlu dibawa ke Pulau Sebatik ini.

“Kita telahpun membuat pelbagai perancanga­n dan kita berharap rakyat akan terus memberikan sokongan agar setiap perancanga­n itu dapat dilaksanak­an dengan jayanya,” katanya.

Di majlis itu, Ghapur dan Muis turut menyempurn­akan simbolik penyerahan bantuan wang zakat dari Pusat Zakat Sabah kepada 299 penduduk yang layak dari beberapa buah kampung di pulau berkenaan.

Hadir sama ialah Naib Ketua Umno Kalabakan Ismail Ait, Setiausaha Umno Bahagian Kalabakan Mohd Ayaz Khan dan para pemimpin lain dari Umno Kalabakan.

 ??  ?? GHAPUR (dua dari kiri) menyampaik­an bantuan zakat kepada salah seorang penerima. Kelihatan sama ialah Muis (kiri).
GHAPUR (dua dari kiri) menyampaik­an bantuan zakat kepada salah seorang penerima. Kelihatan sama ialah Muis (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia