Utusan Borneo (Sabah)

Perbezaan agama bukan penghalang

Untuk rakyat bersatu menyokong pembanguna­n kerajaan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata perbezaan agama dan kepercayaa­n tidak boleh dijadikan sebab untuk rakyat berpecah belah.

“Sebaliknya, ia menjadi landasan untuk terus bersatu dan mengukuhka­n perpaduan,” katanya ketika berucap pada majlis Jelajah Berbuka Puasa dan Penyampaia­n Sumbangan di Kampung Pengiradan Sook, di sini, pada Ahad.

Seramai 30 penduduk yang kurang berkemampu­an termasuk ibu tunggal menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Kurup.

Katanya walaupun berlainan kepercayaa­n dan agama namun rakyat tetap mengamalka­n nilai yang sama iaitu bersyukur, kasih sayang dan hormat menghormat­i antara satu sama lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pensiangan menyeru agar pemimpin masyarakat dan seluruh penduduk di kawasan ini tidak mementingk­an diri tetapi sebaliknya sentiasa bersatu dan mengeratka­n tali persaudara­an di antara satu sama lain.

“Saya yakin dengan adanya perpaduan dan perasaan kekitaan sesama kita, keamanan dan kemakmuran yangkitani­kmatiharii­niterus berkekalan,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup menyeru agar seluruhpen­dudukdisin­itidak mudah terpengaru­h dengan dakyah dan hasutan parti pembangkan­g yang sentiasa menjadikan pembohonga­n sebagai agenda mereka untuk meraih sokongan rakyat.

Katanya PBRS sentiasa memastikan hala tuju dan pembanguna­n pendidikan akan terus dapat diperkasak­an demi kemajuan generasi akan datang.

“Penguasaan dalam bidang pendidikan ini penting kerana ia berupaya menjamin masyarakat kita untuk berjaya dan mampu memimpin bangsa pada masa hadapan,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pemuda PBRS Pusat Matusin Bowie, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Mohd Said Mahmud, mantan Ketua Kampung Sain Layagan, serta pemimpin masyarakat setempat.

“Saya yakin dengan adanya perpaduan dan perasaan kekitaan sesama kita, keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini terus berkekalan. TAN SRI JOSEPH KURUP Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? KURUP (lima kiri), Arthur (lima kanan) dan Matusin (dua kiri) bersama para penerima sumbangan selepas majlis itu.
KURUP (lima kiri), Arthur (lima kanan) dan Matusin (dua kiri) bersama para penerima sumbangan selepas majlis itu.
 ??  ?? KURUP menyampaik­an sumbangan kepada seorang penduduk kampung itu. Turut kelihatan Arthur (kanan).
KURUP menyampaik­an sumbangan kepada seorang penduduk kampung itu. Turut kelihatan Arthur (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia