Utusan Borneo (Sabah)

Alumni KTYS sertai majlis amal dan berbuka puasa

- Oleh YUSOP TEPPO

BONGAWAN: Bersempena bulan Ramadan, Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) telah menyertai penganjura­n Majlis Amal dan Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan orang kelainan upaya (OKU) di Surau Al-Jemaah Kampung Biau Bongawan, barubaru ini.

Seramai 30 anak yatim dan OKU sekitar Kampung Biau, Pikat dan Silat menerima sumbangan pada majlis berkenaan iaitu 10 orang menerima pada majlis itu, manakala 20 orang lagi menerusi program ziarah.

Program itu anjuran bersama Komuniti 1Malaysia Bipsi, Persatuan Alumni KTYS dengan kerjasama Unit Pembanguna­nMasyaraka­tBongawan, Ahli Jawatankua­sa Surau Al-Jemaah dan Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung Bipsi.

Dua wakil rakyat kawasan itu iaitu Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bongawan Datuk Mohamad Alamin meluangkan masa hadir di majlis itu.

Hadir sama, Pengerusi Alumni KTYS Mohd Pkhruddin Bian, Pengerusi Komuniti 1Malaysia Bipsi Wasli Ismail, Musthapa Segap (JKKK Biau, Pikat dan Silat) dan Pengerusi Surau Al-Jemaah Ali Asman Tahir.

Perasmian disempurna­kan oleh Anifah dan dalam ucapannya beliau menghargai penganjura­n majlis itu bagi membantu anak yatim dan OKU bagi meringanka­n beban mereka terutama dalam menyambut bulan Ramadan.

Anifah yang juga Menteri Luar memuji inisiatif penganjura­n majlis itu sebagai sumbangan pertubuhan kerajaan kepada masyarakat.

 ??  ?? MOHD Pkhruddin menerima cenderahat­i daripada Mohamad dan diperhatik­an oleh Anifah.
MOHD Pkhruddin menerima cenderahat­i daripada Mohamad dan diperhatik­an oleh Anifah.
 ??  ?? ANIFAH bersama Mohamad menyampaik­an sumbangan kepada anak yatim.
ANIFAH bersama Mohamad menyampaik­an sumbangan kepada anak yatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia