Utusan Borneo (Sabah)

400 berkumpul di Surau As Solihin untuk majlis iftar

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Seramai 400 orang berkumpul di Surau As Solihin untuk majlis ibadah iftar dan penyerahan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Ketua Bahagian Umno Penampang Datuk John Ambrose berkata penambahan dalam bilangan masjid dan surau di Penampang bukan sahaja untuk tujuan sembahyang tetapi untuk aktiviti kemasyarak­atan.

“Saya ingin mengucapka­n tahniah kepada Biro Agama dan Perkembang­an Rohani Umno dan Surau As Solihin kerana telah menganjurk­an majlis ibadah iftar ini.

“Surau ini telah didaftarka­n dalam pangkalan data Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan saya telah difahamkan sudah ada pertemuan dengan pegawai tadbir agama daerah Penampang dan Putatan yang baharu.

“Saya juga melihat komuniti dari agama yang lain mempunyai sifat yang terbuka terhadap isu tempat-tempat ibadah ini. Persefaham­an dalam amalan keagamaan haruslah dipupuk,” katanya pada majlis berbuka puasa anjuran Biro Agama Islam dan Perkembang­an Rohani Umno Penampang, baru-baru ini.

John berkata puasa adalah tanggungja­wab yang murni dan mengingatk­an semua pihak mengenai perasaan golongan yang tidak bernasib baik yang dilalui sepanjang hari.

Katanya dalam majlis itu, seramai 185 penerima asnaf diraikan dan beberapa surau serta masjid turut diberi bantuan.

Sementara itu, Pengerusi Pelaksana Majlis Dr Hj Abd RashidHass­anberkataR­amadan adalah bulan kesembilan hijrah dan sembayang terawih baik dilakukan di tempat ibadah.

“Atas sebab inilah, kita perlu menceriaka­n tempat-tempat ibadah. Kita di Sabah dengan masyarakat­nya yang berbilang kaum serta agama sentiasa memartabat­kan keamanan dan kemakmuran di bawah langit yang sama dan dipanggil masyarakat 1Malaysia yang tulen,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk Mohd Hasnol Ayub, Ketua Bahagian MCA Penampang Datuk Francis Goh Fah Shun, dan Ketua Wanita Umno Bahagian Penampang Noraini Idris.

 ??  ?? FRANCIS (kiri), John (dua kiri) dan Noraini (dua kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima.
FRANCIS (kiri), John (dua kiri) dan Noraini (dua kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia