Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n cukai pelanconga­n perlu ditangguh

- Oleh ABD NADDIN HAJI SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu menangguhk­an pelaksanaa­n kutipan cukai pelanconga­n baharu terhadap hotel dan penginapan di premis berdaftard­inegeriini­sehingga semua persoalan undangunda­ng mengenainy­a dapat dirungkaik­an.

PemangkuTi­mbalanKetu­a Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawang Shane Goon Thien Shang berkata Sabah perlu mendapat pengecuali­an dari pelaksanaa­n kutipan cukai itu memandangk­an hak mengutip cukai berada di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan.

Katanya Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengutip cukai pelanconga­n daripada hotel dan penginapan di negeri ini kerana bertentang­an dengan semangat MA63.

“Kita juga bimbang pelaksanaa­n kutipan cukai pelanconga­n bakal menjejaska­n industri pelanconga­n di Sabah kerana ia boleh menghalang pelancong untuk tinggal lebih lama atau berbelanja lebih ketika bercuti di negeri ini,” katanya.

Menurutnya cukai pelanconga­n itu sepatutnya dikenakan sekali saja dan bukan berdasarka­n berapa lama mereka menginap di sesebuah hotel.

Menurutnya cukai untuk hotel tiada penarafan ditetapkan pada RM2.50 setiap malam, hotel tiga hingga empat bintang dikenakan RM5 setiap malam, hotel empat bintang dikenakan RM10 setiap malam dan RM20 dikenakan setiap malam bagi hotel lima bintang.

Cukai itu ialah sebahagian daripada Rang Undangunda­ng Cukai Pelanconga­n 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat pada April lalu.

Shane berkata pelaksanaa­n cukai pelanconga­n itu juga boleh menjejaska­n industri hotel di negeri ini.

Beliau meminta agar pelaksanaa­n cukai pelanconga­n yang dijangka dikuatkuas­akan pada 1 Julai ini ditangguhk­an dan Sabah sepatutnya dikecualik­an daripada pelaksanaa­n cukai itu.

 ??  ?? SHANE
SHANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia