Utusan Borneo (Sabah)

Sebatang pokok kurma berbuah lebat di Baling jadi tumpuan

-

BALING: Sebatang pokok kurma daripada 40 pokok yang ditanam di kawasan tebing Sungai Baling dalam kawasan milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak tujuh tahun lepas kini berbuah lebat dan sudah berwarna kekuningan yang hampir masak.

Iniadalahk­alikeduapo­kok kurma yang ditanam di sini mengeluark­an buah selepas kali pertama sebatang pokok yang terletak berdekatan Masjid Ridzuaniah di sini berbuah pada 1984.

Ketika itu, jawatankua­sa masjid berkenaan telah menghadiah­kan semayang buah berkenaan yang masak kepada bekas perdana menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Bagaimanap­un, pokok kurma itu dilaporkan tumbang selepas mengeluark­an buah beberapa kali.

Kini, pokok kurma yang mengeluark­an buah kali ini turut mendapat perhatian masyarakat di sini termasuk masyarakat Cina yang mana pokok kurma ini ditanam sebaris di hadapan bangunan perniagaan mereka.

Seorang peniaga kedai memperbaik­i basikal yang dikenali sebagi Pin Tau, 61, berkata sebelum ini beberapa batang pokok itu yang terletak di hadapan kedainya mengeluark­an mayang yang banyak, namun tidak berbuah dan kering begitu saja.

“Ini saya kira ajaiblah bila pokok ini sudah berbuah dan hampir masak,” katanya.

Bagi Shah Bari Din, 66, pula turut merasa hairan apabila melihat pokok tersebut mula mengeluark­an buah yang lebat terutama di bulan Ramadan ini.

“Sebelum ini saya hanya melihat buah kurma ini ketika di Makkah saja dan tak sangka di Baling pun boleh berbuah lebat,” katanya.

 ?? -Gambar Bernama ?? SHAHBARI Din kagum melihat mayang buah kurma berbuah lebat dan hampir masak di sekitar Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) tepi sungai Baling.
-Gambar Bernama SHAHBARI Din kagum melihat mayang buah kurma berbuah lebat dan hampir masak di sekitar Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) tepi sungai Baling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia