Utusan Borneo (Sabah)

TH sudah sedia kendali penginapan 30,200 jemaah haji

-

SEPANG:Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat persediaan rapi terutama dari aspek penginapan bagi menyambut ketibaan seramai 30,200 jemaah yang akan menunaikan ibadat haji bermula Julai ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata aspek penginapan perlu ditambah baik dan diberi keutamaan selepas Malaysia memperoleh kebenaran menambah 7,880 jemaah daripada kuota 22,320 orang yang biasa diberikan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.

Untuk itu, TH telah menyediaka­n sebanyak 23 tempat penginapan di Makkah dan 11 penginapan di Madinah, yang mana kedua-dua lokasi berada dalam jarak 950 meter dari Masjidil Haram dan 330 meter dari Masjid Nabawi, katanya pada sidang media mengenai lawatan kerja bagi meninjau persiapan TH sejurus tiba dari Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KLIA) di sini kelmarin.

Beliau berkata penerbanga­n pertama jemaah haji dijadual berlepas pada 24 Julai, manakala penerbanga­n terakhir pada 25 Ogos di lapan buah lapangan terbang utama iaitu di KLIA, Sepang; Alor Star, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Jamil Khir berkata kesemua jemaah haji Malaysia dijadual pulang ke tanah air bermula 7 September iaitu selepas seminggu melakukan wukuf di Arafah dengan penerbanga­n terakhir dari Arab Saudi dijangka tiba pada 4 Oktober.

Berhubung aspek keselamata­n berikutan isu hubungan diplomatik antara Arab Saudi dan Qatar, Jamil Khir berkata pihaknya mengikuti perkembang­an itu dengan teliti dan sudah mendapatka­n maklumat mengenai langkah keselamata­n yang perlu diambil oleh jemaah daripada kerajaan Arab Saudi dan kedutaan Malaysia di negara itu.

“Para jemaah diminta tidak bimbang kerana pihak berkuasa Arab Saudi telah memberi jaminan mengenai keselamata­n semua jemaah, cuma bakal haji dinasihatk­an tidak terlibat dengan sebarang perhimpuna­n atau perjumpaan yang bukan di bawah arahan kerajaan Malaysia atau seliaan TH kerana tindakan sebegitu dipantau,” katanya.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata beliau serta pengurusan kanan TH sedang dalam perbincang­an akhir bersama dua pemaju hartanah di Makkah dan Madinah bagi membangunk­an kompleks penginapan bersepadu yang boleh menempatka­n sehingga 35,000 jemaah Malaysia pada masa akan datang.

Beliau berkata pihaknya telah melawat ke tapak pembanguna­n tersebut dan sedang menilai beberapa aspek seperti keluasan dan pelan pembanguna­n yang dirancang pemaju sebelum bersetuju untuk membangunk­an sebahagian tanah itu sebagai kompleks penginapan yang baharu.

Jika berjaya dilaksanak­an, projek ini apabila siap kelak akan memudahkan pengurusan TH untuk mengendali­kan dan memberikan perkhidmat­an lebih baik kepada jemaah kerana ia dirancang untuk memiliki kemudahan klinik kesihatan, dewan serta tempat makan, katanya.

 ??  ?? JAMIL Khir pada sidang media bagi mengumumka­n tinjauan tapak lokasi bangunan Tabung haji yang bakal dibina di Mekah kelmarin. -Gambar Bernama
JAMIL Khir pada sidang media bagi mengumumka­n tinjauan tapak lokasi bangunan Tabung haji yang bakal dibina di Mekah kelmarin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia