Utusan Borneo (Sabah)

Bantu ibu tunggal, NGO beli kesemua hasil jualan di bazar Ramadan

-

KOTA BHARU:Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Putra Malaysia mengambili­nisiatifme­mbantu golongan ibu tunggal yang berniaga di bazar Ramadan terpilih di negeri ini dengan membeli kesemua juadah jualanmere­kauntukdia­gihkan kepada orang ramai.

Yang Dipertua Putra Malaysia Kelantan, Ahmad Amiruddin Ahmad Nizirin berkata kaedah itu bertujuan supaya golongan ibu tunggal ini mendapat hasil jualan dengan cepat dan berpeluang berbuka puasa bersama anakanak mereka di rumah.

“Ada ibu tunggal terpaksa berkorban masa dengan meninggalk­an anak-anak termasuk yang masih kecil di rumah kerana berniaga mencari rezeki sepanjang bulan puasa ini, kami tidak mahu melihat ada ibu tunggal berbuka puasa di tapak jualan semata-mata mahu menghabisk­an jualan setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihka­n makanan kepada pengunjung bazar Ramadan di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini semalam. Bazar itu adalah yang ketiga dikunjungi mereka selepas Machang dan Tanah Merah sejak awal Ramadan.

Katanya program jelajah ke bazar Ramadan terpilih itu akan berakhir menjelang Syawal dan pihaknya menjangkak­an dapat mengagihka­n makanan hasil jualan ibu tunggal kepada 1,000 pengunjung bazar.

“Biasanya kami akan meninjau bazar Ramadan lebih awal bagi mengetahui jika terdapat ibu tunggal yang berniaga. Ada di antara mereka menjual minuman serta kuih-muih,” katanya dan menambah pertubuhan itu mempunyai 700 anggota di Kelantan.

Sementara itu, seorang ibu tunggal, Wan Maznah Wan Jusoh, 47, yang berniaga kuih-muih bersyukur kerana gerainya menjadi pilihan NGO berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia