Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan kerusi DUN Nenggiri kekal bersama BN pada PRU14

-

GUA MUSANG:Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan memastikan Barisan Nasional (BN) kembali memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata fokus itu diberikan berikutan penyandang kerusi itu, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dari BN tidak layak menjadi Anggota DUN tersebut kerana muflis sebagaiman­a yang diisytihar­kan oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub pada 1 Jun lepas.

Katanya, BN menerima keputusan itu atas sebab penyandang­nya disahkan muflis, katanya kepada pemberita selepas program bersama rakyat di Bukit Chekati, di sini, malam kelmarin.

Tengku Razaleigh, yang juga Anggota Parlimen Gua Musang, berkata perkara yang berlaku itu tidak boleh dianggap mencemarka­n nama baik parti kerana kehilangan kerusi itu berikutan masalah individu terbabit.

“Bukan tindakan politik yang dilakukan kita, sebaliknya ia kerana masalah wakil rakyat berkenaan menyebabka­n kita hilang kerusi di bawah undangunda­ng (Undang-Undang Perlembaga­an Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan) dan kelayakann­ya hilang,” katanya.

DUN Kelantan menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas yang memaklumka­n Mat Yusoff telah muflis.

Mat Yusoff, 55, mula menguasai kerusi DUN Nenggiri selama tempoh tiga penggal iaitu sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2004.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia