Utusan Borneo (Sabah)

Anak terkilan tak sempat tunai hajat ibu bapa

-

JEMPOL: “Saya sangat terkilan sebab tidak sempat tunaikan permintaan ibu bapa saya untuk memiliki kereta Honda”.

Demikian kata anak kedua arwah Wan Muhamad Hazim Wan Mohd Fauzi, 19.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata kematian kesemua enam anggota keluargany­a hanya diketahui pada pukul 6 petang selepas dimaklumka­n anggota polis di kediaman mereka di Putrajaya.

“Anggota polis itu hanya memaklumka­n ayah saya terlibat kemalangan dan tidak pula memberitah­u mengenai nasib lima lagi anggota keluarga saya.

“Saya tak sangka kejadian ini boleh berlaku,” katanya dalam nada sebak kepada pemberita ketika ditemui di perkaranga­n bilik mayat Hospital Jempol di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 2.20 petang itu, lapan maut termasuk enam rentung manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitka­n tiga kenderaan dan sebuah treler di KM25 jalan BahauKerat­ong, di sini, semalam.

Mereka yang maut ialah enam sekeluarga yang menaiki kenderaan Proton Exora iaitu pemandu kenderaan berkenaan Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51 dan isteri Mas Noraida M Yusoff, 45.

Turut terkorban empat anak mereka iaitu Wan Muhamad Muhaimin, 22, Wan Nor Atirah, 18, Wan Muhamad Amar Haziq, 13, dan Wan Nor Alisha, 7. Kesemua pemandu dan penumpang Proton Exora rentung dalam kejadian itu.

Dua mangsa lain yang maut ialah pemandu Perodua Myvi Osman Mohamed Taip, 31 dan isteri Rosniza Othman manakala anak kepada pasangan itu yang belum diketahui identiti mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kuala Pilah.

Menceritak­an lanjut, Wan Muhamad Hazim berkata beliau dipelawa dua kali oleh bapanya untuk mengikut menghantar adiknya Wan Nor Atirah ke Kolej Vokasional Kuantan, Pahang untuk menyambung pelajaran.

“Saya jarang mengikuti keluarga kerana saya bekerja.

“Saya sekarang jadi serba salah kerana tidak mengikut mereka (ke Kuantan),” katanya.

Beliau berkata kesemua jenazah akan dibawa pulang ke Jelawat dan Pasir Mas, Kelantan untuk dikebumika­n.

Sementara itu, adik kepada Mas Noraida, Massuhaila­yante M Yusoff, 43, berkata kali terakhir beliau bertemu kakaknya itu adalah pada Jumaat lepas.

“Ketika itu kami ambil cuti untuk menjaga emak yang sakit di Kelantan. Kami menjaga emak sepanjang Sabtu minggu sudah hingga Jumaat lepas.

“Sepanjang bersama, arwah tidak menunjukka­n sebarang tanda perubahan,” katanya.

Beliau berkata berita sedih itu hanya diketahuin­ya pada pukul 9.45 malam Ahad.

“Bagaimanap­un perkara ini belum lagi dimaklumka­n kepada emak,” katanya.

 ??  ?? WAN Muhammad Hazim Wan Mohd Fauzi, 19 (tengah), ditenangka­n oleh anggota keluarga ketika tiba di Hospital Jempol malam tadi untuk melihat jenazah ibu bapa serta semua empat adik beradiknya yang turut maut dalam kemalangan membabitka­n tiga kenderaan dan...
WAN Muhammad Hazim Wan Mohd Fauzi, 19 (tengah), ditenangka­n oleh anggota keluarga ketika tiba di Hospital Jempol malam tadi untuk melihat jenazah ibu bapa serta semua empat adik beradiknya yang turut maut dalam kemalangan membabitka­n tiga kenderaan dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia