Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu kenderaan diingat lebih berhati-hati ketika di jalan raya

-

SEREMBAN: Pemandu kenderaan diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak berlakunya kemalangan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata pemanduan secara berhemah mampu mengelakka­n perlanggar­an di samping rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan konsentras­i sentiasa dalam keadaan baik semasa memandu.

“Pemanduan berhemah adalah satu cara pemanduan yang dapat mengelakka­n dan menyelamat­kan diri daripada berlaku perlanggar­an, walaupun disebabkan oleh kesilapan pengguna jalan raya yang lain.

“Tetapi kadang-kadang kita gagal untuk mematuhi peraturan jalan raya dan ini yang mengundang dan menyebabka­n kemalangan,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian lapan maut dengan enam daripadany­a rentung manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitka­n tiga kenderaan dan sebuah treler di KM25 Jalan Bahau-Keratong, di sini, pada 2.20 petang Ahad.

Mohamad berkata keletihan akibat kurang rehat dan tidur juga akan menjejaska­n tahap keselamata­n yang boleh mengundang kemalangan di jalan raya.

“Selain itu, pastikan juga kenderaan kita berada dalam keadaan selamat untuk perjalanan jauh. Biar kita lambat tetapi kita sampai ke destinasi dengan selamat... jangan tergesa-gesa,” katanya.

Ditanya sama ada Jalan Bahau-Keratong akan dibesarkan atau dilebarkan, beliau berkata jalan itu adalah jalan persekutua­n dan cadanganit­uterpulang­kepada kajian daripada kementeria­n terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia