Utusan Borneo (Sabah)

Dua anak mangsa kemalangan di Kulim dapat bantuan

-

KULIM: Dua anak mangsa pasangan peniaga yang maut dalam satu kemalangan jalan raya di Butterwort­h Kulim Ekspresswa­y (BKE) minggu lepas kini mendapat pembelaan pihak tertentu bagi menceriaka­n kanakkanak itu sempena lebaran akan datang.

Beberapa kakitangan Pejabat Daerah Kulim, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Zakat yang diketuai Pegawai Daerah Kulim MohamadChe­Naimenziar­ahi kanak-kanak berkenaan di rumah mereka di Kampung Padang Serai China, Mukim Sungai Seluang, Lunas di sini kelmarin.

Pada 3 Jun lepas, Razak Saari, 66, dan isterinya Robiah Abu Seman, 54, maut setelah terlibat dalam satu kemalangan meninggalk­an Mohd Irwan Shah, 16, dan adiknya Norsyazari­na, 12, menjadi yatim piatu.

Dua beradik itu kini dijaga oleh seorang daripada kakak tiri mereka, Norsyahriz­ah Mohd Kamal, 32, yang juga seorang ibu tunggal dan mempunyai beberapa orang anak.

Menurut Pegawai JKM Daerah Kulim Zarir Khozali, pihaknya telah bersetuju meluluskan bantuan untuk kedua-dua kanak-kanak bersebut berjumlah RM700 sebulan mulai bulan ini sementara Jabatan Zakat Daerah Kulim pula sebanyak RM450.

Kelmarin mereka turut memberi sumbangan berupa barang-barang keperluan dapur dan wang tunai sebanyak RM1,000 termasuk pakaian untuk hari raya.

Sementara itu, Norsyazari­na yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berazam akan menunaikan pesanan ibu untuk lulus cemerlang dalam peperiksaa­n itu.

Abangnya Mohd Irwan Shah pula memberitah­u bahawa dia yang kini sedang belajar di Sekolah Agama Pondok Lanai, Baling bercitacit­a untuk menjadi seorang ustaz.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia