Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Kaamatan, Hari Keluarga Wilayah Tagas meriah

- Oleh YUSOP TEPPO

KOTA MARUDU: Wilayah Tagas yang berada di Blok 5, Kampung Masolog Kota Marudu telah mengambil kesempatan untuk menyambut perayaan Pesta Kaamatan secara sederhana, baru-baru ini.

Acara yang bermula pada sebelah pagi dan berakhir pada lewat malam telah berlangsun­g dengan suasana tradisi dan meriah.

Majlis sambutan Pesta Kaamatan itu diisi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronok­kan di mana pelbagai acara yang melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa memeriahka­n lagi sambutan Kaamatan dan Hari Keluarga Wilayah Tagas.

Acara lain ialah acara sukan rakyat dalam kalangan kanak-kanak yang melibatkan pertanding­an tarian tradisi. Manakala bagi orang dewasa, antara acara yang berlangsun­g ialah acara tradisi seperti pertanding­an sugandoi dan siopon.

Acara sehari suntuk itu turut menjalinka­n silaturahi­m dan persaudara­an yang erat bukan sahaja dalam kalangan penduduk Wilayah Tagas tetapi juga melibatkan penduduk dari daerah lain seperti Ranau, Papar, Keningau, Sook dan Kota Marudu sendiri.

Majlis itu berakhir dengan acara menari tarian tradisiona­l suku kaum Kimaragang iaitu Tarian Pinakang tanpa henti selama hampir satu jam.

Semua yang hadir dalam majlis itu melahirkan rasa syukur kerana dapat bersamasam­a dengan ahli keluarga yang datang dari dekat dan jauh.

Objektif untuk menghimpun­kan ahli keluarga sempena Pesta Kaamatan telah berjaya dicapai dengan jayanya.

Kalixtus selaku pengerusi penganjur amat berpuas hati dengan majlis yang telah diadakan pada kali ini.

Beliau turut mencadangk­an agar majlis seumpama itu dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk Wilayah Tagas yang hadir memeriahka­n sambutan Kaamatan dan Hari Keluarga itu.
SEBAHAGIAN penduduk Wilayah Tagas yang hadir memeriahka­n sambutan Kaamatan dan Hari Keluarga itu.
 ??  ?? KANAK-kanak yang terlibat dengan acara sukan rakyat beratur menunggu giliran.
KANAK-kanak yang terlibat dengan acara sukan rakyat beratur menunggu giliran.
 ??  ?? BERGAMBAR bersama keluarga dari Kg Bongkut Ranau.
BERGAMBAR bersama keluarga dari Kg Bongkut Ranau.
 ??  ?? SALAH seorang peserta sugandoi.
SALAH seorang peserta sugandoi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia