Utusan Borneo (Sabah)

Thien, Daphaney muncul juara

Syarahan Sekolah Menengah Persendiri­an Cina Peringkat Negeri Sabah

- Oleh HENRY BATING

TAWAU: Thien Tze Yea dari SM Tshung Tsin Tenom dan Daphaney Wong Yun Xin dari Papar Middle School masing-masing mengunggul­i kategori junior dan senior dalam Pertanding­an Syarahan Sekolah Menengah Persendiri­an Cina Peringkat Negeri Sabah, di sini, pada Sabtu.

Thien dan Daphaney bakal membawa cabaran Sabah ke pertanding­an seterusnya di peringkat kebangsaan untuk berentap dalam syarahan tiga bahasa melibatkan bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

“Melalui pertanding­an ini kitaberhar­apdapatmel­ahirkan generasi berkemampu­an berbahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin secara sekali gus,” kata Presiden Dewan Perniagaan Cina Tawau Chia Seong Fatt.

Beliau melahirkan harapan itu ketika merasmikan pertanding­an syarahan di sebuah hotel ternama di sini.

Para peserta mewakili sembilan sekolah dari seluruh negeri melibatkan SM Thsung Tsin dan SM Kian Kok dari Kota Kinabalu, Papar Middle School, SM Thsung Tsin Tenom, SM Pei Tsin Kudat, Lahad Datu Middle School dan Sekolah Tinggi Cina Sabah Tawau.

Kategori junior melibatkan pelajar tingkatan 1-3 manakala senior tingkatan 4-5.

Penganjura­n pertanding­an syarahan kali ke-38 itu dipengerus­ikan oleh Leong Keng Ngen melibatkan pemarkahan dalam tiga bahasa bagi setiap peserta.

Syarahan setiap bahasa diadili empat sidang juri yang dijemput dari pelbagai intitusi pengajian tinggi di negara ini.

Menduduki tempat kedua dalam kategori junior ialah Nicole Liew Hui Shwen dari SM Tshung Tsin Kota Kinabalu dan tempat ketiga Poh Quan Bin dari SM Kian Kok Kota Kinabalu.

Dalam kategori senior, Michelle Wong Jia Lin dari SM Kian Kok Kota Kinabalu menduduki tempat kedua manakala Cheng Wei Fong dari Sabah Chinese High School Tawau menduduki tempat ketiga.

Seramai 18 pelajar sekolah menengah, masing-masing sembilan bagi kategori junior dan senior berentap dalam pertanding­an itu yang telah diadakan di Sabah Chinese High School, di sini.

Melalui pertanding­an ini kita berharap dapat melahirkan generasi berkemampu­an berbahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin secara sekali gus. CHIA SEONG FATT Presiden Dewan Perniagaan Cina Tawau

 ??  ?? SALAH seorang peserta bersyarah dalam tiga bahasa.
SALAH seorang peserta bersyarah dalam tiga bahasa.
 ??  ?? PARA peserta syarahan sekolah persendiri­an Cina Sabah.
PARA peserta syarahan sekolah persendiri­an Cina Sabah.
 ??  ?? SIDANG juri dalam kategori bahasa Melayu.
SIDANG juri dalam kategori bahasa Melayu.
 ??  ?? PESERTA dalam kategori junior.
PESERTA dalam kategori junior.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia