Utusan Borneo (Sabah)

Ewon hadiri perjumpaan pemimpin MGGR

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Ahli Parlimen Ranau Datuk Ewon Ebin menghadiri Program Perjumpaan dengan Pemimpin-pemimpin Ahli Majlis Gereja-Gereja Daerah Ranau (MGGR) di Gereja Anglikan di sini, baru-baru ini.

Pada perjumpaan itu, Pengerusi MGGR Rev Johnny Mailihu memulakan majlis itu dengan bacaan doa keberkatan agar majlis berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan.

Beliau seterusnya memaklumka­n tentang aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak gabungan gereja Ranau sepanjang tahun 2017.

Antaranya ialah Kebangunan Rohani Seluruh Borneo dan Perhimpuna­n Penyembuha­n yang akan dijalankan di Kompleks Sukan Ranau yang dijangka dihadiri 10,000 orang pada 15 hingga 17 Jun dan bakal dihadiri Rev Augustine Saang dan PS Shahzad Saddique.

Selain itu, pada 27 Ogos tahun ini, aktiviti ‘Walk For Jesus’ bakal diadakan di Padang St Benedict Pekan Ranau dengan menjemput Ewon untuk hadir menyemarak­kan program itu.

Ewonselaku­AhliParlim­en Ranau memberi respon positif dan komitmen untuk turut sertai dalam program itu bersama-sama Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen.

Festival Krismas pula pada Disember akan dilangsung­kan di depan bangunan KFC di sini dan pihak MGGR mengharapk­an Ewon turut menghadiri serta mengenali jemaah serta memberi sumbangan untuk memudahkan perjalanan program itu.

Sementara itu, Ewon mengucapka­n tahniah dengan kesungguha­n MGGR merancang dan mengatur programpro­gram keagamaan Kristian itu dan akan berusaha membantu serta memberi kerjasama sepenuhnya untuk melancarka­n penganjura­n aktiviti itu.

Sebanyak enam gereja sekitar daerah Ranau bergabung mengadakan tiga program besar itu antaranya Gereja Sidang Injil Borneo (SIB), Gereja Katolik (RC), BCCM, Anglikan, Kalvari dan GPI.

Antara ahli MGGR yang hadir mewakili gereja masing-masing ialah PTA James George (SIB), PST Anuar Agil (Kalvari), Rev Johnny Mailihu (Anglican), Petin Kilou (GPI) dan PTA Lenny Yong (BCCM), sementara wakil dari RC memohon maaf kerana tidak dapat hadir atas perkara yang tidak dapat dielakkan pada hari berkenaan.

 ??  ?? EWON (tengah) dan Johnny (sebelah kanan Ewon) bergambar kenangan bersama ahli MGGR.
EWON (tengah) dan Johnny (sebelah kanan Ewon) bergambar kenangan bersama ahli MGGR.
 ??  ?? EWON bersama sebahagian ahli MGGR di Gereja Anglikan Ranau.
EWON bersama sebahagian ahli MGGR di Gereja Anglikan Ranau.
 ??  ?? JOHNNY (kiri) memberikan taklimat kepada Ewon dan rombongan tentang perancanga­n program MGGR 2017.
JOHNNY (kiri) memberikan taklimat kepada Ewon dan rombongan tentang perancanga­n program MGGR 2017.
 ??  ?? EWON sedia membantu pelaksanaa­n program MGGR 2017.
EWON sedia membantu pelaksanaa­n program MGGR 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia