Utusan Borneo (Sabah)

Semarak perpaduan melalui perayaan

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kg Kitapol, Kiulu

-

TUARAN: Kemeriahan­Pesta Kaamatan masih dirasai dengan penganjura­nnya yang diteruskan di pelbagai peringkat termasuk di kampung-kampung.

Terbaharu, Kampung Kitapol Kiulu mengambil inisiatif menganjurk­an Pesta Kaamatan bagi menyemarak­kan semangat perpaduan dan mengukuhka­n lagi ikatan silaturahi­m sesama penduduk kampung.

Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Tuaran Dusin Gingging berkata selain memupuk semangat keharmonia­n, Pesta Kaamatan itu juga memberi manfaat kepada generasi muda agar terus memahami adat budaya suku kaum KadazanDus­un untuk warisan turun temurun.

“Saya sangat gembira melihat sambutan yang memberangs­angkan daripada penduduk Kg Kitapol, khususnya penglibata­n golongan muda yang ratarata saya lihat merupakan nadi kepada kemeriahan acara pada kali ini,” katanya ketika berucap merasmikan perayaan itu di dewan serbaguna kampung itu.

Beliau berkata penganjura­nnya amat bertepatan seiring dengan saranan kerajaan bagi memperkasa­kan perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Penganjur Pesta Kaamatan Dr Edmon Guntis berkata Pesta Kaamatan kali ini menampilka­n lebih banyak aktiviti dengan penyertaan yang mengalakka­n daripada komuniti kampung itu.

“Para belia yang kini berada di luar kampung atas tuntutan kerja dan melanjutka­n pendidikan juga ramai yang balik kampung bagi samasama memeriahka­n sambutan ini,” katanya yang juga merupakan Pakar Perunding Psikiatri di Jesselton Medical Centre.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Caroline Bandan antara yang cukup terkesan dengan sambutan Pesta Kaamatan pada kali ini.

Beliau juga sempat memberi penjelasan kepada ada anakanak muda yang menyatakan kerisauan terhadap jalan raya yang agak licin kerana belum diturap dan mampu mengundang bahaya kepada pemandu kenderaan terutama apabila hujan turun.

“Kitapercay­apihakkera­jaan sedang sedang dalam proses ke arah penaiktara­fan jalan raya di seluruh Sabah, dan saya yakin tidak terkecuali jalan raya yang menghubung­kan Kg Kitapol dari Jalan Tamparuli– Ranau,” katanya yang sentiasa menjadi rujukan para belia dan penduduk kampung berkenaan perkembang­an semasa kampung itu.

Pelbagai aktiviti menjadi pengisian program sehari itu, antaranya sukan rakyat, Unduk Ngadau, Pertanding­an Sugandoi kategori kanakkanak dan terbuka, persembaha­n tarian dan persembaha­n bunyi-bunyian tradisi serta cabutan tiket bertuah.

Turut diadakan penyerahan bantuan kepada orang tertua dan kurang sihat penduduk Kg Kitapol yang disampaika­n Pegawai Perhubunga­n Lembaga Pelanconga­n Sabah Golubi Guntarek mewakili Adun Kiulu yang juga Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

“Saya

sangat gembira melihat sambutan yang memberangs­angkan daripada penduduk Kg Kitapol, khususnya penglibata­n golongan muda yang rata-rata saya lihat merupakan nadi kepada kemeriahan acara pada kali ini. DUSIN GINGGING Pegawai JPNIN Daerah Tuaran

 ??  ?? DUSIN (empat dari kiri) menyempurn­akan gimik perasmian. Turut kelihatan Golubi (dua dari kanan).
DUSIN (empat dari kiri) menyempurn­akan gimik perasmian. Turut kelihatan Golubi (dua dari kanan).
 ??  ?? ANTARA peserta Unduk Ngadau.
ANTARA peserta Unduk Ngadau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia