Utusan Borneo (Sabah)

IPG Keningau akhiri pengajian bahasa Kadazandus­un 2020

- Oleh HENRY BATING

KENINGAU: Penutupan Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau bakal menjadi pengakhira­n kepada program pendidikan bahasa Kadazandus­un apabila IPG itu ditutup sepenuhnya pada 2020.

Naib Presiden KDM Malaysia Mudi Dubing

(gambar) berkata pihaknya difahamkan IPG Keningau sudah membuat dua sesi pengambila­n pelatih untuk program itu bagi pengajian empat tahun guru terlatih berijazah major bahasa Kadazandus­un.

“Penutupan IPG Keningau dijalankan secara tergesages­a dan serta-merta tanpa memberi ruang kepada rakyat khususnya dari kawasan pedalaman untuk menyampaik­an buah fikiran bagi sebarang pilihan alternatif lain,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penyelaras Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Tulid, Pensiangan yakin pasti ada alternatif lain yang boleh diambil, umpamanya memperkeci­lkan kapasiti kampus dengan memindahka­n sebahagian pengajian yang terdapat di pelbagai IPG di seluruh negara ke IPG lain.

Menurutnya bahasa Kadazandus­un mengalami kekurangan guru terlatih di pelbagai sekolah rendah dan menengah di Sabah, belum termasuk memenuhi permintaan sebahagian sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur.

“Dengan pengakhira­n pengajian pendidikan bahasa Kadazandus­un di IPG Keningau, saya menggesa agarKement­erianPendi­dikan Malaysia memperluas­kan lagi penawaran program itu ke IPG Gaya, Kota Kinabalu dan salah satu IPG di kawasan Lembah Klang,” katanya.

Selepas penutupan IPG Keningau, pengajian ijazah pendidikan guru bahasa Kadazandus­un hanya ditawarkan di IPG Kent, Tuaran dan pengajian minor pengajaran sekolah menengah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.

Mudi yang juga lulusan bidangpema­sarandaris­ebuah universiti di Perth, Australia menegaskan pada ketika kerajaan menggalakk­an pertumbuha­n pelanconga­n, pembanguna­n kebudayaan dan pelestaria­n tradisi warisan bangsa, pendidikan bahasa Kadazandus­un adalah antara lain pendekatan yang sangat penting untuk dilaksanak­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia