Utusan Borneo (Sabah)

Lapan korban waktu subuh Boko Haram

-

KANO: Penyerang bersenjata Boko Haram telah membunuh lapan orang anggota dari sebuah pasukan tentera militia awam kelmarin, bersembuny­i di sebalik pokok dan melepaskan tembakan ketika mereka menunggu anggota tentera untuk memulakan operasi bersama seawal subuh, menurut rakan-rakan setugas mereka.

Anggota pasukan petugas bersama awam (CJTF) sedang menunggu ketibaan anggota tentera untuk memulakan operasi di kampung Kayamla, di kawasan Konduga di daerah Borno, timur laut Nigeria, ketika serangan tersebut berlaku.

“Kami telah kehilangan lapan rakan dalam satu serangan hendap oleh penyerang Boko Haram sekitar jam 5.30 pagi tadi,” menurut anggota CJTF Ibrahim Liman di bandar utama wilayah Maiduguri, 10 kilometer dari tempat kejadian.

“Anggota sukarelawa­n terbabit telah pergi ke Kaymala sebagai rombongan awal yang akan disertai kemudian oleh pasukan tentera bagi melancarka­n operasi untuk membantera­s sarang Boko Haram.

“Tanpa pengetahua­n mereka, pengganas Boko Haram, yang melalui semua petunjuk telah mengetahui lebih awal mengenai serangan, menyerang hendap mereka dengan memanjat pokok.”

“Mereka telah melepaskan tembakan ke arah pasukan terbabit sebaik sahaja mereka sampai di tempat kejadian,” menurut beliau.

Keterangan Lima telah disokong oleh anggota militia lain, Musa Ari, yang membantu untuk mengebumik­an rakan mereka yang terkorban.

“Kami telah mengebumik­an yang terakhir daripada lapan orang mangsa pada petang ini.

“Mayat-mayat ini telah dibawa dari Kayamla oleh anggota tentera,” tambah beliau.

Daerah Konduga merupakan sebuah kawasan tumpuan dikenali bagi aktiviti Boko Haram, di sebalik dakwaan pihak kerajaan dan tentera bahawa pejuang jihad merupakan sebuah pasukan tentera, ‘spent’, telah dipaksa keluar dari kawasan mereka di Hutan Sambisa di wilayah Borno.

Pada Mei lepas, empat anggota CJTF yang memburu di dalam hutan berhampira­n sebuah kem bagi mereka yang ketiadaan tempat tinggal akibat keganasan Islamis mengalami keadaan leher mereka dikelar di luar bandar Maiduguri. Dua rakan setugas mereka turut terbunuh apabila dua pengebom nekad wanita meletupkan bahan letupan di pekan Konduga, kira-kira 35 kilometer dari Maiduguri melalui jalan raya.

Serangan berlaku hanya beberapa hari selepas penyerang bersenjata Boko Haram yang menunggang motosikal membunuh enam peladang yang sedang mengerjaka­n ladang mereka di kampung Amrawa, juga di luar bandar ibu negara.

Pada April, lapan pembalak telah dibunuh sebelum mayat mereka terbakar berhampira­n kampung Kayamla.

Dalam satu video terbaharu yang dikeluarka­n pada Sabtu lepas, Boko Haram mengaku bertanggun­gjawab ke atas serbuan pertamanya di Maiduguri dalam tempoh kira-kira 18 bulan, yang menyebabka­n 11 orang terkorban pada Rabu lepas.

Sekurang-kurangnya 20,000 orang telah terkorban sejak keganasan bermula pada 2009 di mana Boko Haram melancarka­n pemberonta­kan untuk menuntut sebuah negara Islam yang mengamalka­n undang-undang syariah versi keras tafsiran melampau mereka.

Sementara itu, jutaan lagi terpaksa melarikan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia