Utusan Borneo (Sabah)

50 disyaki memeras ugut diberkas polis Guatemala

-

KOTA GUATEMALA: Pihak berkuasa Guatemala telah menahan sekurangku­rangnya 50 orang anggota kumpulan samseng yang disyaki kelmarin dalam satu operasi besar-besaran bertujuan bagi menangani pemerasan yang tersebar meluas di negara yang dibelenggu oleh jenayah, menurut pihak berkuasa.

Penahanan, melibatkan anggota kumpulan Barrio 18, dilakukan semasa 160 serbuan di lima daripada 22 bahagian di negara ini, di wilayah tengah, selatan dan barat, Menteri Dalam Negeri Francisco Rivas berkata.

Beliau menyatakan pihak polis turut merampas senjata api dan bom tangan.

Pemerasan di Guatemala telah meningkat secara dramatik sejak beberapa tahun ini, menurut kepada data polis negara, selalunya mensasarka­n perkhidmat­an pengangkut­an, perniagaan besar dan kecil, dan orang persendiri­an.

Pihak penyiasat menyatakan kumpulan samseng menghantar telefon bimbit kepada mangsa yang disasari, kemudian menggunaka­nnya untuk mengugut mereka yang enggan membayar.

Sebelum ini, menurut kepada Jabatan Negara AS, orang akan selalunya mengabaika­n sahaja ugutan pemerasan.

Namun pada tahun lepas keganasan terhadap mereka yang gagal untuk membayar meningkat mendadak.

Jurucakap Kementeria­n Awam Julia Barrera menyatakan para tahanan kelmarin berdepan dakwaan pembunuhan, cubaan membunuh, konspirasi untuk membunuh, pertubuhan haram, ugut dan pemerasan.

Beliau menyatakan mereka yang ditahan berasal dari dua buah kumpulan kecil Barrio 18 yang dikenali sebagai Crazy Gangsters dan Vatos Locos.

Guatemala, berdepan pengedaran dadah yang meluas, keganasan samseng dan populasi bersenjata, memiliki sebahagian kadar jenayah tertinggi di dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia