Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga Pertama di Rumah Putih kini lengkap

-

WASHINGTON: Pada malam kelmarin, Rumah Putih mempunyai dua penghuni baharu, Wanita Pertama Melania Trump dan anak lelakinya Barron, yang akhirnya telah berpindah ke 1600 Pennsylvan­ia Avenue.

Enam bulan selepas Presiden Donald Trump tiba, bekas model kelahiran Slovenia dan anak mereka yang berusia 11 tahun telah menyertai beliau, menurut pembantu kepada Wanita Pertama.

Kedua-dua mereka sebelum itu tinggal di New York supaya Barron dapat menamatkan tahun persekolah­annya.

Beliau dijangka memasuki sekolah St. Andrews Episcopal, pinggir Washington, bagi sesi 2017-2018.

Sebelum sampai ke ibu negara, Melania dan Barron menuruni tangga Air Force One bersama Presiden Trump di Joint Base Andrews, di mana budak lelaki itu memakai baju-T dengan tulisan ‘The Expert’ dan bermain ‘fidget spinner’.

Ibu bapa Melania menyertai mereka dari Bedminster, New Jersey, di mana Trump menghabisk­an hujung minggu di padang golf.

Selepas tiba di Rumah Putih, Melania menghantar menerusi Twitter gambar dari tingkap yang memandang ke arah Laman Selatan dan Monumen Washington.

“Tidak sabar untuk segala kenangan yang akan kami hasilkan di rumah baharu kami!” tulis beliau.

Melania Wanita Pertama dalam sejarah moden yang menangguhk­an ketibaanny­a di Washington.

Trump tinggal bersendiri­an di Rumah Putih ketika menepis laporan mengenai campur tangan Rusia dalam pilihan raya AS 2016 untuk membantuny­a mengalahka­n Hillary Clinton.

Wanita Pertama itu bersikap kurang menonjol sejak suaminya jutawan hartanah itu menjadi presiden.

Penampilan umum beliau yang terbesar muncul bulan lepas ketika beliau dan Trump ke Timur Tengah dan Eropah bagi satu lawatan yang dipuji Rumah Putih kemudian sebagai satu kejayaan termasyhur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia