Utusan Borneo (Sabah)

Costa Rica perketat hukuman bagi pendera haiwan

-

SAN JOS: Ribuan orang peminat haiwan telah memenuhi dataran utama San Jose kelmarin, ramai yang membawa anak anjing mereka bagi meraikan undang-undang kekejaman terhadap haiwan yang baharu di Costa Rica dan hukuman denda serta penjara terhadap mereka yang melanggarn­ya.

Para penunggang motosikal, aktivis hak asasi haiwan dan ramai pencinta haiwan telah saling berpeganga­n tangan dan menari mengikut irama tradisiona­l bagi menyokong undang-undang tersebut, ditandatan­gani pada bulan ini oleh Presiden Luis Guillermo Solis di negara Amerika tengah ini.

“Kami perlu untuk menuntut supaya tiada lagi pembebasan daripada hukuman; di mana sesiapa sahaja yang mendera seekor haiwan boleh dihukum,” menurut Solis, mendapat sorakan gemuruh ramai.

Ketua perarakan bagi hari tersebut adalah Duke, seekor anjing yang menjadi terkenal dalam media tempatan selepas seseorang menetaknya dengan sebilah parang dan membiarkan­nya begitu sahaja.

Dalam satu lagi kes yang teruk, beberapa orang remaja tempatan telah mencederak­an secara serius seekor ‘toucan’, melontar batu ke arahnya.

“Kita telah melihat begitu banyak tindakan kejam terhadap haiwan. Maka sudah sampai masanya agar kita mempunyai satu undang-undang bagi memastikan bahawa mereka akan dihukum,” menurut Antonio Pacheco, yang hadir bersama dengan anjing ‘schnauzer’ Tony yang memakai baju panas.

Sabung ayam dan laga anjing juga telah diharamkan, di mana pesalahnya boleh dijatuhi hukuman penjara atas jenayah tersebut.

 ?? — Gambar AFP ?? SEORANG wanita memegang Duke, anjing yang menjadi simbol antipender­aan haiwan di Costa Rica selepas ia ditemui hampir mati kerana ditetak dengan parang, ketika ribuan berarak di jalanan San Jose, kelamrin.
— Gambar AFP SEORANG wanita memegang Duke, anjing yang menjadi simbol antipender­aan haiwan di Costa Rica selepas ia ditemui hampir mati kerana ditetak dengan parang, ketika ribuan berarak di jalanan San Jose, kelamrin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia