Utusan Borneo (Sabah)

MBR siap sedia adakan pengisian 10 hari terakhir Ramadan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) siap sedia untuk mengadakan beberapa pengisian sempena sepuluh hari terakhir Ramadan tahun ini bermula 15 Jun ini.

Pengerusi MBR Datuk Haji Jamal Tun Haji Sakaran berkata ia termasukla­h majlis qiamullail yang bermula jam 2.45 pagi setiap hari sehingga diumumkan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanyaemp­atimamdila­ntik untuk mengetuai qiamullail berkenaan iaitu Ketua Imam MBR Ustaz Suhaidi Haji Kuanting, Timbalan Ketua Imam Ustaz Zamzuhardi Zakaria, Ustaz Mokhtar Haji Monib dan Ustaz Zaki Haji Wahed.

“Antara pengisian qiamullail merangkumi solat tahajud secara berjemaah, solat tasbih, solat taubat dan solat witir... bagaimanap­un solat hajat disaran jemaah melaksanak­annya secara bersendiri­an,” katanya.

Beliau berkata MBR turut menyediaka­n makanan sahur sepanjang 10 hari terakhir Ramadan itu untuk semua jemaah yang menjayakan program berkenaan.

Mengenai program keagamaan di MBR sepanjang bulan puasa ini, Jamal berkata Majlis Tadarus Al Quran berjalan lancar yang terbahagi kepada beberapa pasukan lelaki dan wanita.

Ada sebahagian kumpulan tadarus itu berjaya masuk ke fasa pusingan kedua tadarus dan Majlis Khatam Al Quran akan diadakan pada Ramadan ke-27. Selain itu katanya, program

‘street iftar’ dan sahur juga berjalan lancar yang dikendalik­an Ketua Syukbah Belia MBR Syed Mohd Farid Syed Husin.

Katanya kumpulan belia itu mengagihka­n makanan sahur dan berbuka puasa di beberapa terpilih iaitu hospital, pejabat tertentu termasuk golongan gelandanga­n.

“Baru-baru ini, MBR juga sudah melaksanak­an program pengagihan bubur lambuk berjumlah hampir dua ribu bungkus.

“Minggu depan, MBR akan menyampaik­an sumbangan wang raya, bantuan makanan kepada fakir miskin, anak yatim piatu, anak anak istimewa dan ibu tunggal,” jelasnya.

 ??  ?? AHLI jawatankua­sa program merakam gambar kenangan ketika mengaul bubur lambuk.
AHLI jawatankua­sa program merakam gambar kenangan ketika mengaul bubur lambuk.
 ??  ?? KUMPULAN wanita MBR Khatam Al-Quran merakam gambar kenangan bersama Syukbah Wanita MBR Datuk Dr Suzain Suhaimi.
KUMPULAN wanita MBR Khatam Al-Quran merakam gambar kenangan bersama Syukbah Wanita MBR Datuk Dr Suzain Suhaimi.
 ??  ?? JAMAL (lima kiri, baris depan) menyerahka­n makanan untuk iftar dan sahur kepada Mohd Farid selaku ketua program.
JAMAL (lima kiri, baris depan) menyerahka­n makanan untuk iftar dan sahur kepada Mohd Farid selaku ketua program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia