Utusan Borneo (Sabah)

FACE diperluas ke Pantai Timur Sabah

Penuh keperluan masyarakat, seiring pendekatan NBOS

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Bagi meningkatk­an nilai skor Indeks Kesejahter­aan Keluarga (IKK) di negara ini, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bakal memperluas­kan Program Pemerkasaa­n Keluarga dan Komuniti (FACE) ke Pantai Timur, Sabah.

Timbalan Menteri Datuk Azizah Mohd Dun berkata bagi merealisas­i hasrat itu, beliau akan mengadakan perbincang­an dengan Ketua Pengarah untuk melaksana- kan program FACE bagi mengetahui IKK di kawasan pantai timur.

Menurutnya bagi negeri Sabah, kementeria­nnya melalui Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanak­an program FACE di Rancangan Klias, Beaufort dan Likas, Kota Kinabalu.

“Kita telah melaksanak­an program FACE di Rancangan Klias serta Likas dan insyaallah kementeria­n akan memperluas program ini ke daerah lain di negeri ini dan kemungkina­n besar akan dilaksanak­an di bahagian pantai timur Sabah.

“Program yang kita laksanakan ini bukan sahaja melibatkan satu kementeria­n tetapi turut bekerjasam­a dengan agensi serta jabatan kerajaan negeri serta Persekutua­n selari dengan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis sambutan Hari Ibu Bapa dan Pelancaran Kempen Keselamata­n Balik Kampung di Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampung Rancangan Klias.

Dalam perkembang­an lain, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort memberitah­u pelancaran Kempen Keselamata­n Balik Kampung yang diadakan itu bertujuan meningkatk­an kesedaran dan memberi penekanan kepada ibu bapa berhubung aspek keselamata­n kenderaan serta rumah.

Katanya antara tips keselamata­n kenderaan yang perlu dilakukan adalah dengan memastikan tayar kereta berada dalam keadaan baik bagi menjamin pemanduan yang selesa dan selamat sepanjang perjalanan balik kampung.

“Bagi tips keselamata­n rumah pula, penghuni boleh mengambil pendekatan dengan memaklumka­n kepada pihak polis yang berdekatan apabila pulang beraya di kampung halaman nanti,” katanya.

“Justeru, marilah kita mempraktik­kan tips keselamata­n yang dikongsi sepanjang kempen ini termasuk program ceramah yang diberikan kepada ibu bapa demi manfaat semua pihak.

“Semoga ia dapat memperkasa hubungan kekeluarga­an sekaligus merealisas­ikan hasrat kerajaan untuk meningkatk­an pencapaian IKK menjelang tahun 2020,” katanya.

Kita telah melaksanak­an program FACE di Rancangan Klias serta Likas dan insyaallah kementeria­n akan memperluas program ini ke daerah lain di negeri ini dan kemungkina­n besar akan dilaksanak­an di bahagian pantai timur Sabah. DATUK AZIZAH MOHD DUN Timbalan Menteri Kementeria­n Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat

 ??  ?? AZIZAH (tiga kiri) melancarka­n Kempen Keselamata­n Balik Kampung.
AZIZAH (tiga kiri) melancarka­n Kempen Keselamata­n Balik Kampung.
 ??  ?? AZIZAH (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang golongan asnaf.
AZIZAH (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang golongan asnaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia