Utusan Borneo (Sabah)

Japen Tawau anjur Program Ihya Ramadan

-

TAWAU: Jabatan Penerangan (Japen) Bahagian Tawau mengadakan Program Ihya Ramadan bersama-sama para anggotanya, di sini, barubaru ini.

Pegawai Penerangan Bahagian Tawau Mohd Kaya Iggoh berkata program itu merupakan aktiviti tahunan yang juga melibatkan ahli keluarga anggota Japen dari empat daerah iaitu Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.

“Kita mengharapk­an penganjura­n program ini dapat menggembir­akan anggota Japen yang selama ini telah bertungkus lumus bekerja siang dan malam. Inilah masanya mereka menerima sedikit penghargaa­n daripada jabatan,” katanya.

Dalam majlis sama, seramai 32 orang daripada golongan kurang berkemampu­an diberi sumbangan raya berupa barangan dapur beserta duit raya.

Majlis itu turut dihadiri oleh semua pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M) di daerah ini dan diselitkan tazkirah agama yang disampaika­n oleh penceramah jemputan daripada Jakim Daerah Tawau Ustaz Amin Nasir.

Dalam pada itu, Pengerusi Permuafaka­tan K1M Daerah Tawau Saharudin Salleh merakamkan penghargaa­n kepada Japen atas jemputan itu selain dapat meluangkan masa menziarahi Pengerusi K1M Kampung Jawa Kongsi 10 Irianto Ibrahim yang terlantar di Hospital Tawau.

“Dalam lawatan itu, kami turut memberi sedikit sumbangan daripada semua pengerusi K1M dan juga daripada Japen sendiri bagi meringanka­n kos pembedahan beliau yang dijangka dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

 ??  ?? SUWADI (tiga dari kiri) bersama sebahagian kanak-kanak yang gembira menerima duit raya.
SUWADI (tiga dari kiri) bersama sebahagian kanak-kanak yang gembira menerima duit raya.
 ??  ?? SAHARUDIN (kiri) dan Mohd Kaya (tiga dari kiri) menemani Suwadi (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
SAHARUDIN (kiri) dan Mohd Kaya (tiga dari kiri) menemani Suwadi (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? SUWADI (dua dari kiri) ketika melawat Irianto di Hospital Tawau.
SUWADI (dua dari kiri) ketika melawat Irianto di Hospital Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia