Utusan Borneo (Sabah)

Pertubuhan MAS adakan Singgah Sahur bersama polis

-

KOTA KINABALU: Seramai 35 ahli Pertubuhan Kebajikan dan Pembanguna­n Masyarakat Anak Sabah (MAS) mengadakan program amal dengan menyantuni anggota polis membabitka­n tiga balai di daerah Kota Kinabalu dan Penampang bersempena acara ‘Singgah Sahur’ , di sini, Ahad lepas.

Program bermula jam 12.30 malam hingga 3 pagi itu diadakan bagi menghargai pengorbana­n pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertungkus lumus menjaga keselamata­n orang ramai sepanjang bulan Ramadan ini.

Presiden MAS Suhaimi Buang berkata sumbangan itu adalah berbentuk bungkusan makanan dan minuman selain surat penghargaa­n kepada ketiga-tiga balai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, IPD Penampang dan Balai Polis Manggatal sebagai tanda silaturahi­m di antara persatuan itu dan juga pasukan keselamata­n berkenaan.

“Dengan adanya program sebegini, dapatlah ahli kami membuat sedikit amal kebajikan untuk memberikan keceriaan kepada anggota polis yang bertugas sepanjang bulan Ramadan ini.

“Selain menyampaik­an sumbangan berupa makanan dan minuman, kami turut berkesempa­tan menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada setiap IPD dan balai yang dikunjungi sebagai tanda berterima kasih terhadap pengorbana­n mereka dalam menjaga keselamata­n rakyat,” katanya.

Dalam program itu, semua ahli persatuan turut berkesempa­tan bersahur bersama anggota di Balai Polis Manggatal sebelum berakhir pada jam 3.30 pagi.

“Selain membuat kerja amal, program ini turut bertujuan merapatkan silaturrah­im dengan pihak polis.

“Kami akan meneruskan program sedemikian dari semasa ke semasa dan berharap lebih ramai pihak terutamany­a badan bukan kerajaan (NGO) akan turut serta,” katanya.

 ??  ?? SUHAIMI (tengah) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pegawai polis di IPD Penampang bersempena program Singgah Sahur berkenaan.
SUHAIMI (tengah) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pegawai polis di IPD Penampang bersempena program Singgah Sahur berkenaan.
 ??  ?? SUHAIMI menyerahka­n sumbangan kepada anggota Balai Polis Manggatal dan IPD Kota Kinabalu.
SUHAIMI menyerahka­n sumbangan kepada anggota Balai Polis Manggatal dan IPD Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia