Utusan Borneo (Sabah)

Baik pulih, bina baharu 100 sekolah daif

Ia telah dipersetuj­ui Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pertemuan dengan Abang Johari baru-baru ini

-

KUALA LUMPUR: Sarawak akan membaik pulih atau membina semula 100 sekolah daif yang telah dikenal pasti di negeri ini dengan kadar segera menggunaka­n pendekatan baharu.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata perkara itu telah dipersetuj­ui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu baru-baru ini.

“Perdana Menteri telah memberi keputusan membenarka­n saya dan rakan-rakan dalam kabinet negeri untuk membaik pulih atau membina semula 100 sekolah daif di luar bandar Sarawak dengan segera.

“Kita akan menggunaka­n pendekatan baharu untuk membaik pulih atau membina semula 100 sekolah daif ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Sarawak yang bekerja dan belajar di Semenanjun­g Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam Sabtu.

Beliau memberitah­u, Sarawak akan menumpukan usaha membangunk­an pendidikan di negeri ini dan tidak boleh bergantung 100 peratus kepada kerajaan pusat sebaliknya harus mempunyai pendekatan sendiri.

Oleh itu ujarnya, sebuah kementeria­n baharu ditubuhkan iaitu Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi untuk membantu kerajaan pusat memberi pendidikan yang lebih baik kepada rakyat Sarawak.

“Bukan bermakna kita mahukan hak-hak pendidikan daripada kerajaan pusat tetapi kita hendak membantu memberi pendidikan yang lebih baik kepada anakanak kita, sebab itulah kita menubuhkan Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi.

“Penubuhan kementeria­n ini akan memastikan dasar pendidikan khususnya di Sarawak tidak bersifat ‘flipflop’,” tegasnya. Dalam ucapan beliau itu juga Abang Johari berkata Sarawak akan meneruskan usaha untuk mengambil semula hak-hak Sarawak daripada kerajaan pusat yang telah terhakis.

“Ini bukan usaha sehari tetapi berterusan serta melibatkan banyak proses.

“Pada masa sama kerajaan negeri akan merancakka­n pembanguna­n di kawasan luar bandar dan membangunk­an bandar baharu di kawasan bandar-bandar utama di Sarawak yang sangat pesat membangun,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Abang Johari berkata Sarawak akan melonjakka­n pembanguna­n ekonomi menerusi ekonomi digitaldan­bagitujuan­ituRM1 bilion telah diperuntuk­an untuk meningkatk­an kadar kelajuan Internet termasuk di kawasan luar bandar dari 4mbps setiap isi rumah ketika ini kepada 100mbps dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Ketika ini perkhidmat­an Internet di Sarawak masih lemah terutama di luar bandar, hanya ‘buffering’. Maka saya telah membuat keputusan untuk menaikkan kelajuan kepada empat (4) Terabit Sesaat.

“Saya percaya ini akan dapat melonjakka­n lagi ekonomi kerana perhubunga­n sudah ada…

“Sekarang semuanya berkaitan e-dagang, ebayaran dan sebagainya. Di luar bandar kelebihann­ya ialah produk pertanian. Jika perkhidmat­an Internet dapat dipertingk­atkan, produk pertanian ini dapat dipasarkan terus ke pasaran menerusi edagang,” katanya.

Beliau menambah dengan membangunk­an ekonomi digital, Sarawak dapat menyediaka­n peluangpel­uang pekerjaan sesuai dengan bidang pengkhusus­an pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) negeri ini.

“Perdana Menteri telah memberi keputusan membenarka­n saya dan rakan-rakan dalam kabinet negeri untuk membaik pulih atau membina semula 100 sekolah daif di luar segera.” bandar Sarawak dengan DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? PELAJAR dari Sarawak di Semenanjun­g Malaysia berswafoto bersama Abang Johari pada majlis berbuka puasa bersama rakyat Sarawak di Semenanjun­g Malaysia di PWTC.
PELAJAR dari Sarawak di Semenanjun­g Malaysia berswafoto bersama Abang Johari pada majlis berbuka puasa bersama rakyat Sarawak di Semenanjun­g Malaysia di PWTC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia