Utusan Borneo (Sabah)

Program masak, agih bubur lambuk mengimarah­kan bulan Ramadan

-

SRI AMAN: Penganjura­n pelbagai program memasak dan mengagihka­n bubur lambuk di sekitar negeri ini dilihat sebagai salah satu acara mengimarah­kan lagi sambutan bulan Ramadan selain bersedekah pada bulan mulia ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lingga Simoi Periberkat­a,selainbers­edekah pada bulan penuh berkat ini, penganjura­n program itu juga mampu mengeratka­n hubungan silaturahi­m sesama umat Islam.

“Saya menyokong dan memuji usaha pertubuhan, persatuan serta Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) mahupun Kawasan Rukun Tetangga (KRT) menganjurk­an program seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Memasak dan Mengagihka­n Bubur Lambuk anjuran KRT Kampung Hulu Lemanak dan JKKK Kampung Hulu Lemanak, Sri Aman dekat sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, sebanyak 200 bungkus bubur lambuk berjaya diagih kepada penduduk dan masyarakat setempat di sekitar Kampung Hulu Lemanak.

Simoi turut menggesa umat Islam yang bakal meraikan Hari Raya Aidlifitri agar sentiasa berjimat cermat semasa meraikan perayaan ini.

“Kita mahukan perayaan ini disambut oleh umat Islam dengan cara berhemah dan bersederha­na sekali gus mengelak diridaripa­da melakukan pembaziran,” katanya.

Katanya perbuatan membazir tidak harus diamal kerana ia merugikan diri sebaliknya berbelanja dan belilah benda yang penting bagi meraikan hari mulia ini nanti.

Turut hadir Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Fikri Ekir dan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga Khamis Sita Wasli.

 ??  ?? SIMOI (dua kiri) mengaut bubur lambuk ke dalam bekas sambil dibantu Khamis Sita (tengah) dan diperhatik­an Fikri (kiri) serta ahli KRT dan JKKK Kampung Hulu Lemanak lain sebelum diagihkan kepada masyarakat kampung.
SIMOI (dua kiri) mengaut bubur lambuk ke dalam bekas sambil dibantu Khamis Sita (tengah) dan diperhatik­an Fikri (kiri) serta ahli KRT dan JKKK Kampung Hulu Lemanak lain sebelum diagihkan kepada masyarakat kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia