Utusan Borneo (Sabah)

RTP segerakan keperluan asas luar bandar

-

SIBU:Pembanguna­n membabitka­n keperluan asas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop akan diteruskan menerusi Program Transforma­si Desa (RTP) yang diperkenal­kan kerajaan negeri pada 2014.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata keperluan asas yang diberikan tumpuan menerusi RTP ialah pembinaan dan membaiki jalan, dewan dan jeti.

“RTP menggunaka­n sepenuhnya sumber kewangan negeri. Inisiatif ini dilakukan kerana proses kelulusan peruntukan pembanguna­n daripada kerajaan persekutua­n kadang-kadang lambat dan tidak mencukupi,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Terawih di Masjid Kampung Paloh dekat sini, malam Sabtu.

Beliau yang juga Adun Semop berkata, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg akan terus menyediaka­n dana RTP selepas pemergian bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

RTP menurutnya, amat mustahak bagi kawasan luar bandar yang objektifny­a adalah untuk menyegerak­an keperluan asas di kawasan tersebut.

Pada tahun lepas, Abdullah berjayamem­ohonpembin­aan tujuh dewan baharu dalam kawasan DUN Semop dengan kos keseluruha­n RM2.4 juta.

Beliau yang turut disertai isterinya Norasyikin Ibrahim, menaiki bot ke Paloh bagi menghadiri majlis yang turut dihadiri ketua-ketua masyarakat dari Kampung Paloh dan Kerdang.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaik­an sumbangan kewangan untuk kegunaan Masjid Paloh berjumlah RM8,000 dan Masjid Kerdang, RM3,000.

Selesai Terawih di Paloh, beliau menghadiri Majlis Ngabang Gawai di Berangan dengan menunggang motosikal. Berangan mempunyai populasi kirakira 1,000 orang daripada enam rumah panjang.

Dalam ucapannya di dua majlis itu, Abdullah turut menekankan usaha kerajaan negeri membangunk­an luar bandar menerusi RTP agar kawasan tersebut tidak jauh ketinggala­n berbanding bandar.

Beliauberk­ongsimaklu­mat tentang beberapa projek yang bakal dilaksanak­an di kawasan tersebut seperti pembinaan padang simen serba guna di Kampung Kerdang, pembinaan rumah Tabika KEMAS di Berangan dan memaklumka­n tentang usaha mendapatKA­N peruntukan membina masjid baharu di Kampung Paloh.

Majlis Ngabang Gawai yang diadakan di Dewan Masyarakat Berangan lebih bermakna apabila bangunan itu baharu siap dibina untuk kegunaan semua masyarakat Iban di situ.

Dewan yang bernilai RM300,000 itu mampu menampung kira-kira 350 orang dan merupakan antara projek dipohon beliau menggunaka­n RTP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia