Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan perpaduan masyarakat berbilang kaum, agama

Tanpa perpaduan, kesatuan masyarakat, ia boleh menghancur­kan segala usaha untuk membangunk­an negara

-

KUCHING:Kekalkan perpaduan dan kesatuan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama demi keharmonia­n dan pembanguna­n negeri dan negara.

Perkara itu ditegaskan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang memberitah­u, tanpa perpaduan dan kesatuan masyarakat, ia boleh menghancur­kan segala usaha yang telah dijalankan untuk membangunk­an sesebuah negara.

Mengambil contoh negara Islam lain, tegasnya pergolakan masyarakat menjadi punca kejatuhan negara-negara berkenaan.

“Sebab itu, di peringkat kepimpinan masyarakat tidak kira pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau badan keagamaan perlu memainkan peranan untuk membawa masyarakat kita bersatu.

“Apabila kita bersatu hati baharulah kita dapat bersatu dalam tindakan dan baharulah kita dapat menjadi masyarakat yang progresif yang mampu membawa pembanguna­n untuk keseluruha­n masyarakat kita tidak kira latar belakang mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Geran Tahunan Parlimen Petra Jaya dan penyerahan sumbangan Aidilfitri Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin Naza Group of Companies di Masjid AlTaqwa, Kampung Pinang Jawa di sini, pada Ahad.

Pada masa sama, Fadillah turut menggesa masyarakat Islam menggunaka­n rumah ibadah sebagai tempat menyatukan ummah.

“Inilah peranan utama yang perlu dimainkan tidak kira sama ada kita di masjid atau surau bawalah masyarakat bukan Islam untuk memahami kita dan kita juga perlu memahami mereka supaya kita saling memahami antara satu sama lain.

“Carilah titik pertemuan bukan titik perbezaan, kalau kita dapat cari titik persamaan maka kita akan dapat menghormat­i satu sama lain,” tambah Ahli Parlimen Petra Jaya itu.

Selain itu, beliau meminta rakyat menolak golongan yang suka memecah belahkan masyarakat­denganmema­inkan isu perkauman dan agama.

“Apa sahaja dibina kita hari ini akan mudah berkecai jika kita tidak bersatu hati, jangan biar suara-suara kecil yang membuat bising menguasai masyarakat kita,” tegasnya lagi.

Beliau turut menyampaik­an geran tahunan Parlimen Petra Jaya keseluruha­n berjumlah RM673, 000 kepada 81 Jawatankua­sa Pengurusan Surau dan Masjid, 70 Jawatankua­sa Kawasan Rukun Tetangga, 49 Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung, 28 PIBG sekolah rendah serta 20 PIBG sekolah menengah.

Pada majlis itu juga, Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin di bawah inisiatif tanggungja­wab sosial korporat NAZA Group of Companies menyampaik­an sumbangan RM100,000 kepada Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya untuk diagihkan kepada 1,000 penerima terdiri daripada golongan asnaf di Parlimen Petra Jaya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong Fazzrudin Abd Rahman, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Kumpulan Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, Ketua Pegawai Esekutif Naza SM Nasarudin SM Nasimuddin dan tetamu kehormat lain.

“Sebab itu, di peringkat kepimpinan masyarakat tidak kira pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau badan keagamaan perlu memainkan peranan untuk membawa masyarakat kita bersatu. DATUK SERI FADILLAH YUSOF Menteri Kerja Raya

 ??  ?? FADILLAH ditemani Fazzrudin menyampaik­an geran tahunan kepada wakil masjid dan surau.
FADILLAH ditemani Fazzrudin menyampaik­an geran tahunan kepada wakil masjid dan surau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia