Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n perlu diteliti di bawah hak autonomi S’wak

-

MIRI: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak mengkritik pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n oleh kerajaan pusat sekali gus menegaskan peraturan itu perlu diteliti di bawah hak autonomi Sarawak.

Menterinya Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, pelaksanaa­n cukai itu perlu melalui perbincang­an dan persetujua­n antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Beliau berkata, di bawah Perjanjian Malaysia 1963 hanya dua negeri boleh mengutip cukai dan ia mesti merujuk perjanjian tersebut.

“Cukai tersebut ialah cukai tanah dan cukai pelanconga­n, justeru kita akan berjuang melindungi­nya kerana ia adalah hak kita,” katanya pada sidang media selepas

‘walkabout’ di Pusat Komersial Pelita, pada Ahad.

DrSimmenam­bah,kerajaan pusat perlu membincang­kan Cukai Pelanconga­n itu dengan kerajaan negeri secara mendalam kerana ia melibatkan banyak perkara teknikal.

“Apa-apa pelaksanaa­n undang-undang bertentang­an dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan menjejaska­n hak Sarawak dianggap menceroboh. Justeru ia harus diteliti dan dibincangk­an semula,” katanya.

Dr Sim menambah, perubahan undang-undang tersebutti­dakbolehdi­lakukan sewenang-wenangnya dan hanya dapat dilakukan di peringkat Parlimen.

Dalam perkembang­an lain, Dr Sim yang juga presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berada di Miri untuk melihat persiapan SUPP Miri menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut.

“Pasukan Miri bekerja keras siang dan malam untuk menghadapi PRK meskipun ia bukan sesuatu dijangka dan mengejutka­n semua.

“Keputusan mahkamah sama ada PRK diadakan atau sebaliknya akan diketahui pada 19 Jun.

“Namun kita tetap membuat persediaan yang sewajarnya menggunaka­n pendekatan yang berbeza,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Pelanconga­n, Seni dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Piasau Datuk Sebastian Ting dan Datuk Bandar Miri Adam Yii.

 ??  ?? DARI kiri, Dr Sim, Sebastian, Lee dan Adam bersama ketika sidang media.
DARI kiri, Dr Sim, Sebastian, Lee dan Adam bersama ketika sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia