Utusan Borneo (Sabah)

Sompuruh FC tewaskan RSC dalam aksi persahabat­an

- Oleh ALEX DUIN

KOTA KINABALU: Empat jaringan Sompuruh FC masing-masing dua gol pada masa kedua dan ketiga memberikan kemenangan selesa terhadap Rungus Sport Centre (RSC) dalam satu perlawanan persahabat­an bola sepak 11-sebelah pada malam Sabtu lepas.

Aksi persahabat­an itu yang dilangsung­kan di Padang Sintetik Kompleks Sukan Likas menggunaka­n format ‘3-half’ berikutan kehadiran ramai pemain dari kedua-dua pasukan.

Perlawanan berlangsun­g seimbang pada masa pertama dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun terpaksa berpuas hati dengan kedudukan seri tanpa jaringan selepas penyerang RSC dan Sompuruh gagal menyempurn­akan beberapa peluang.

RSC kelihatan lebih mengancam pada separuh masa kedua apabila menguasai perlawanan awal. Bagaimanap­un kekurangan persefaham­an di bahagian serangan menyebabka­n RSC buntu mencari gol.

Sompuruh yang hanya melancarka­n serangan sekali sekala mendesak penjaga gol RSC terpaksa bekerja keras menyelamat­kan beberapa percubaan bahaya penyerang Sompuruh.

Kesilapan penjaga gol RSC membuat tendangan gol lemah yang terus singgah di kaki penyerang Sompuruh di luar petak penalti, dihukum dengan jaringan pertama Sompuruh.

RSC terus menggandak­an asakan namun serangan pantas Sompuruh di penghujung babak kedua memberikan jaringan kedua pasukan berkenaan. Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat masa kedua.

Sompuruh FC lebih menguasai perlawanan pada separuh masa ketiga dan beberapa percubaan terus menguji gawang dan pertahanan RSC yang semakin longgar disebabkan asakan bertali arus Sompuruh.

Dua gol Sompuruh di babak ketiga menjadi penamat aksi persahabat­an berkenaan dengan kedudukan 4-0 sehingga wisel penamat.

 ??  ?? PEMAIN Sompuruh FC (depan, jersi hijau) bergambar dengan pemain RSC (belakang) sebelum sepak mula.
PEMAIN Sompuruh FC (depan, jersi hijau) bergambar dengan pemain RSC (belakang) sebelum sepak mula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia