Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan Ramsey hidupkan peluang Wales ke Rusia

Sepanyol benam Macedonia, Itali ‘ratah’ Liechtenst­ein 5-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018

-

PARIS, Perancis: Tendangan penalti Aaron Ramsey membantu Wales mengikat Serbia 1-1 di gelanggang lawan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Eropah Ahad lepas, sekali gus menghidupk­an peluang untuk memburu satu tempat ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

Skuad kendalian Chris Coleman kehilangan bintang utamanya, Gareth Bale kerana penggantun­gan pada perlawanan di Belgrade tetapi Ramsey, pemain tengah kelab Arsenal, memastikan Wales mendahului 1-0 pada masa rehat menerusi satu tendangan penalti pada minit ke-35 untuk menewaskan penjaga gol Vladimir Stojkovic.

Bagaimanap­un, pemain gantian, Aleksandar Prijovic mengumpan bola kepada Aleksandar Mitrovic untuk mengikat kedudukan pada minit ke-73 dengan Serbia kekal di tangga teratas Kumpulan D.

“Ia satu mata yang hebat. Mereka melakukan beberapa cubaan tetapi ia tidak kelihatan mencemaska­n (penjaga gol) Wayne Hennessey,” kata Coleman ketika memberitah­u penyiaran Sky Sport.

“Anda menjangkak­an perlawanan yang sukar di sini. Semua yang saya minta dari pemain telah dilakukan. Ia adalah satu kerjasama berpasukan yang diperlukan.” Wales masih belum tewas dalam kumpulan tetapi keputusan seri yang kelima berturut-turut tidak membantu apabila berada di tangga ketiga, empat mata di belakang Serbia dan Republik Ireland dan berkongsi mata dengan Austria yang berada di tangga keempat. Hanya juara kumpulan layak secara automatik ke Rusia dan naib juara kumpulan mempunyai peluang terakhir kelayakan apabila bermain perlawanan playoff timbal balik untuk memburu baki empat slot untuk Zon Eropah ke Rusia. Ireland bangkit dari ketinggala­n sebelum mengikat Austria 1-1 dengan gol penyamaan Jon Walters pada baki lima minit perlawanan di Dublin.

Martin Hinteregge­r membuka jaringan buat Austria dalam separuh masa pertama dan keputusan seri ini mengekalka­n rekod tanpa kalah Ireland dalam kempen kelayakan.

Ireland hampir mencipta kemenangan pada minit ke-87 tetapi Stefan Lainer kelihatan menjaringk­an gol dengan bantuan lengannya, meny-ebabkan pengadil tidak membenarka­n gol itu.

Aksi seterusnya buat Ireland ialah pada 2 September di Georgia, yang seri 2-2 di Moldova. Kedua-dua pasukan ini berada di kelompok bawahan kumpulan.

Sepanyol berkongsi mata dengan Itali di tangga teratas Kumpulan G selepas menewaskan Macedonia 2-1 menerusi gol Diego Costa menjadi gol kemenangan pasukan.

Sepanyol membuka jaringan menerusi gol David Silva pada minit ke-15 sebelum Costa menyempurn­akan umpanan Isco untuk menambah jaringan pada 30 minit pertama permainan.

Stefan Ristovski merapatkan kedudukan buat Macedonia, menyaksika­n pasukan tuan rumah kelihatan lebih bersemanga­t menguasai permainan tetapi Sepanyol berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat.

Itali mengekalka­n saingan dengan Sepanyol apabila membelasah Liechtenst­ein 5-0 di Udine menerusi gol Lorenzo Insigne, Andrea Belotti, Eder, Federico Bernardesc­hi dan Manolo Gabbiadini.

Itali akan menentang Sepanyol pada perlawanan seterusnya bulan September nanti.

Kedua-dua pasukan ini berada jauh dari pencabar lain terutama sekali selepas Israel tewas 0-3 kepada Albania.

Dalam Kumpulan I, dengan hanya dua mata memisahkan empat pasukan teratas selepas pendahulu kumpulan, Croatia tewas 0-1 di Iceland.

Turki, yang menang 4-1 ke atas Kosovo dan Ukraine, yang menang 2-1 di Finland mengekalka­n saingan sengit dalam kumpulan.

Ia satu mata yang hebat. Mereka melakukan beberapa cubaan tetapi ia tidak kelihatan mencemaska­n (penjaga gol) Wayne Hennessey. CHRIS COLEMAN Jurulatih Wales

 ?? — Gambar Reuters ?? COSTA (tengah) menerima penghargaa­n daripada rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kedua Sepanyol pada aksi di Philip II Arena, Skopje pada Isnin lepas.
— Gambar Reuters COSTA (tengah) menerima penghargaa­n daripada rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kedua Sepanyol pada aksi di Philip II Arena, Skopje pada Isnin lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? RAMSEY memberikan penghormat­an kepada penyokong Wales selepas tamat perlawanan di Stadium Rajko Mitic, Belgrade pada Isnin lepas.
— Gambar Reuters RAMSEY memberikan penghormat­an kepada penyokong Wales selepas tamat perlawanan di Stadium Rajko Mitic, Belgrade pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia