Utusan Borneo (Sabah)

Ops PTI Bersepadu tahan 20 warga Filipina

-

KOTA KINABALU: Seramai 20 pendatang tanpa izin (PTI) warga Filipina ditahan termasuk dua orang atas kesalahan dadah dalam Ops Bersepadu PTI Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata operasi berkenaan melibatkan enam lokasi sekitar kawasan Inanam, Kolombong dan Manggatal.

Ia termasukla­h kawasan setinggan Taman Fantasi, rumah kongsi berhampira­n Country Height, rumah sewa Kolombong, Yayasan Sabah, setinggan Batu 7 Inanam dan Kayu Madang.

Katanya operasi terbabit dijalankan kira-kira 10 jam bermula jam 11 malam Sabtu hingga 9.30 pagi Ahad lepas.

"Dua PTI yang ditangkap atas kesalahan dadah didapati positif selepas ujian saringan air kencing.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata 18 orang yang ditangkap membabitka­n 15 orang dewasa termasuk tujuh lelaki dan lapan perempuan selain tiga kanak-kanak.

Chandra berkata seramai 58 orang diperiksa dalam Ops PTI Bersepadu itu iaitu 44 warga Indonesia dan 14 lagi warga Filipina.

Kesemua yang ditahan jelasnya, berumur dalam lingkungan enam bulan hingga 50 tahun dan dibawa ke Lokap Berpusat Kota Kinabalu setelah didokument­asi di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

"Tumpuan lokasi operasi kali ini untuk pencegahan jenayah di kawasan yang berpotensi sebagai sarang penjenayah serta pengedaran dadah.

"Operasi turut melibatkan penandaan rumah-rumah oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

"Selain itu, Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) juga mengambil tindakan memutuskan sambungan haram bekalan elektrik di penempatan setinggan," jelasnya. - Oleh SITI AISYAH NARUDIN

 ??  ?? SILING rumah antara tempat persembuny­ian PTI yang ditahan alam operasi itu. (Kanan) Warga asing yang dikumpulka­n menjalani pemeriksaa­n dokumentas­i.
SILING rumah antara tempat persembuny­ian PTI yang ditahan alam operasi itu. (Kanan) Warga asing yang dikumpulka­n menjalani pemeriksaa­n dokumentas­i.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia