Utusan Borneo (Sabah)

Drama bersiri Korea terbaru ‘My Unfortunat­e Boyfriend’ di TV2

-

SEORANG wanita dan lelaki yang berbeza prinsip hidup bertemu dan bercinta namun harus menghadapi cabaran percintaan.

Si lelaki percaya kepada hidup ini perlukan keikhlasan dan kebenaran sedangkan gadis yang dicinta pula percaya untuk berjaya kadang-kadang menipu dan tidak jujur perlu dilakukan. Kedua-dua mereka cuba menyatukan prinsip hidupdalam percintaan dan kehidupan mereka.

Dibintangi pelakon Yang Jin-sang, Yoon-hak, Han Hye-rin dan No Minwoo, kisah warna warni percintaan dalam kehidupan ini melatari siri Korea bertajuk ‘My Unfortunat­e Boyfriend’ disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 14 Jun ini (esok), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5.00 petang mengisi slot Kristal di TV2.

Drama 18 episod ini bermula dengan pertemuan antara Yoon Tae Woon dengan Yoo Ji Na secara tidak sengaja. Ji Na telah terlanggar Tae Woon yang sedang bekerja sebagai tukang kebun.

Ketika itu Ji Na sedang dalam perjalanan untuk pergi ke satu temuduga. Ji Na berjaya mendapatka­n kerja tersebut tetapi dia perlu membuktika­n kebolehann­ya di syarikat tersebut. Jawatan yang sama juga direbut oleh Hye Mi.

Secara kebetulan, Tae Woon adalah tukang kebun khas syarikat itu dan ini membuatkan Ji Na sering kali bertemu Tae Woon.

Pertemuan seterusnya antara Tae Woon dengan Ji Na juga secara tidak sengaja yang kemudianny­a membuatkan mereka berkawan dan selalu berjumpa. Ji Na dan Hye Mi bertanding menunjukka­n projek mereka agar mendapat tempat sebagai pekerja tetap di syarikat tersebut. JiNa bertindak jujur dalam pertanding­an tersebut sebaliknya Hye Mi telah mensabotaj Ji Na. Ji Na tidak ada cara lain kecuali mengambil Tae Woon sebagai pengganti pembantuny­a. Ji Na tertekan dan meluangkan masa berhibur di taman. Di situ muncul ‘panda’ yang sebenarnya Tae-Woon menyamar demi menghiburk­an hati gadis yang semakin disukainya itu. Ji Na dan Hye Mi sentiasa bertanding antara satu dengan lain.

Tae Woon beranganan­gan mengenai Ji Na tetapi Ji Na pula sebaliknya. Pada masa sama Kang HC, pengurus besar syarikat tempat mereka bekerja mesra dengan Ji-Na. Ini menimbulka­n rasa tidak puas hati Tae Woon dan Hye Mi. Ternyata Ji Naa sukakan Kang HC. Namun Kang HC masih juga keluar dengan Hye Mi.

Di pejabat projek taman dirangka dan perlu dibuat oleh Hye Mi dan juga Ji Na. Ji Na perlu bertemu dengan Dr. Seed yang ruparupany­a adalah Tae Woon. Pertemuan antara pekerja di pejabat syarikat bertumpu kepada persoalan siapakah bakal isteri pengurus besar Kang HC.

Kerana tuntutan kerja, Ji Na dan Tae Woon sentiasa meluangkan masa bersama. Hye Mi pula berusaha menarik perhatian Kang HC. Ji Na dan Hye Mi perlu membentang­kan idea mereka. Hye Mi sekali lagi telah mensabotaj idea Ji Na tetapi atas kebijaksaa­n Ji Na telah muncul pemenang dalam pembentang­an tersebut.

Senator Jung bapa kepada Hye Mi inginkan anaknya berjaya dan berjanji akan melakukan apa saja untuk kejayaan anaknya. Kang HC telah menangkap gambar Ji Na dan sering kali menatap gambar tersebut. Tae Woon dan Ji Na telah keluar makan makan dan mereka berbual mengenai kehidupan.

Ji Na dan Tae Woon menghadiri sebuah majlis makan malam. Kang HC juga turut hadir bersama Hye Mi. Kang HC terpesona melihat kecantikan Ji Na pada malam itu. Ji Na dan Tae Woon menghabisk­an masa bersama berbual dan menari.

Dari dewan mereka menari sehingga tiba di taman. Bercerita mengenai memori mereka semasa kecil. Di pejabat Ji Na memberikan kertas kerja beliau kepada Kang HC.

Kang HC keluar dengan Ji Na. Ji Na berjumpa pula dengan Tae Woon dan ketika itu Tae Woon menangis. Ji Na dan Tae Woon semakin mesra dan ini menjadikan Ji Na serba salah antara Kang HC dan Tae Woon.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik dan aplikasi rtm mobile.

 ??  ??
 ??  ?? NOH MIN WOO
NOH MIN WOO
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia