Utusan Borneo (Sabah)

Rogol anak tiri berumur 12 tahun, lelaki kena 25 tahun, 15 sebat

Didapati bersalah rogol anak tiri berumur 12 tahun

-

Tertuduh merogol mangsa yang berusia 12 tahun, pada 17 Mei tahun lalu jam 5 petang, di sebuah kuarters pekerja, di daerah Beaufort.

KOTAKINABA­LU: Seorang lelaki dikenakan penjara 25 tahun dan 15 sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas kesalahan merogol anak tirinya.

Hakim Indra Hj Ayub menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 27 tahun, selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang sepuluh sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh merogol mangsa yang berusia 12 tahun, pada 17 Mei tahun lalu jam 5 petang, di sebuah kuarters pekerja, di daerah Beaufort.

Dalam pada itu, mahkamah juga mengarahka­n tertuduh membayar ganti rugi kepada mangsa sebanyak RM20,000 atau penjara selama tempoh enam bulan.

Sepanjang perbicaraa­n, tujuh saksi dipanggil oleh pihak pendakwaan dan dua saksi daripada pihak pembelaan.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n kerana mempunyai keluarga untuk ditanggung.

Timbalan Pendakwara­ya Mohd Khairuddin Idris meminta hukuman berat dijatuhkan terhadap tertuduh dengan mengambil kira kekerapan kes seumpana itu.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n tertuduh menangguhk­an menjalani hukuman itu dengan ikat jamin sebanyak RM50,000 deposit RM10,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia