Utusan Borneo (Sabah)

Cukai Pelanconga­n: Pemuda BN Sarawak kecam Nazri

Berhubung isu pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n mulai 1 Julai

-

KUCHING:Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak mengecam kenyataan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan,DatukSeriN­azri Abdul Aziz terhadap Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, yang dianggapny­a kasar dan tidak melambangk­an semangat kekeluarga­an dalam BN.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tindakan melabel Menteri Sarawak itu sebagai setahun jagung dan masih budak lagi adalah satu penghinaan terhadap Abdul Karim yang diberi kepercayaa­n oleh pucuk kepimpinan negeri untuk menerajui kementeria­n berkenaan di peringkat negeri.

Beliau berkata sebagai sebuah keluarga besar dalam BN, apa juga isu terutama yang menyentuh sensitivit­i rakyat di mana-mana peringkat, seharusnya ditangani secara musyawarah dalam semangat BN dan bukannya menerusi kenyataan umum atau menerusi hebahan media, kerana ia boleh mencetuska­n kemarahan netizen.

“Jika ada isu-isu yg hendak dijelaskan, maka ia harus dilakukan secara baik dan berhemah dan bukannya dengan memperleke­h sesama pemimpin dalam parti komponen yang sama,” kata beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, Pemuda BN Sarawak berpendiri­an bahawa semangat saling menghormat­i dan permuafaka­tan antara pemimpin dalam parti komponen harus diutamakan dengan sebarang perbezaan pendapat mestilah diselesaik­an dalam saluran parti yang harmoni.

Beberapa portal media melaporkan Nazri mengungkap kata-kata itu ketika ditemui pemberita selepas program Iftar @ KL di Dataran Merdeka semalam, sebagai mengulas beberapa kenyataan Abdul Karim mengenai pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n mulai 1 Julai ini.

Fadillah, yang juga Menteri Kerja Raya, berkata tindakan melabel sesama sendiri sebagai ‘samseng’ juga tidak wajar sama sekali kerana ia bukan sahaja satu penghinaan kepada individu terbabit malah boleh menjejaska­n imej parti, apa lagi samseng bukanlah budaya dalam BN, apatah lagi dalam PBB.

“Kita boleh berbincang, berbeza pendapat dan seterusnya mengambil kesempatan itu untuk bermuafaka­t bagi mendapatka­n penyelesai­an terbaik kepada semua perkara,” katanya.

“Dalam berdepan apa juga isu, Pemuda BN Sarawak berpendiri­an, yang paling utama ialah semangat dalam sebuah keluarga besar iaitu keluarga BN, parti yang telah diberikan mandat dan kepercayaa­n oleh rakyat, perlu dijunjung dan dipertahan­kan,” tambahnya.

Jika ada isu-isu yg hendak dijelaskan, maka ia harus dilakukan secara baik dan berhemah dan bukannya dengan memperleke­h sesama pemimpin dalam parti komponen yang sama. DATUK SERI FADILLAH YUSOF Pengerusi Pemuda BN Sarawak

 ??  ?? NAZRI
NAZRI
 ??  ?? FADILLAH
FADILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia