Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan gelandanga­n licik raih simpati ditahan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Selepas kisah mereka tular di media sosial, polis menahan pasangan gelandanga­n yang dilaporkan licik dalam meraih simpati orang awam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata pasangan suami isteri terbabit tiba di Kota Kinabalu sejak 13 Mei lepas dengan tujuan melancong.

Bagaimanap­un katanya, mereka didapati merayau-rayau sekitar kawasan bandaraya dan sering menagih simpati orang awam bagi mendapatka­n sumber kewangan untuk makan dan penginapan.

Menurutnya siasatan polis mendapati pasangan berkenaan selalu mendatangk­an masalah terhadap masyarakat khususnya di Kota Kinabalu kerana menagih simpati dan belas ehsan orang lain untuk membantu mereka.

“Sekiranya tawaran atau ganjaran yang diminta tidak ditepati, mereka sanggup mencari helah agar sesiapa yang membantu mereka terjerat dengan perangkap mereka.

“Pasangan ini sangat licik dalam menagih simpati orang lain namun tiada satu pun yang berjaya.

“Setakat ini, tiada bukti atau laporan polis yang boleh mendakwa pasangan ini,” katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata selepas ditahan dan menjalani siasatan, pasangan terbabit bersetuju meninggalk­an Sabah dan bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi Ahad lepas menggunaka­n pesawat AirAsia.

Menurutnya, lelaki berkenaan adalah warga Jordan berusia 56 tahun manakala isterinya seorang warga tempatan berumur 48 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia