Utusan Borneo (Sabah)

Bunuh pelajar: Kes dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini kelmarin, memerintah­kan kes terhadap seorang lelaki yang didakwa membunuh seorang pelajar dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membuat keputusan itu terhadap Mohd Azmin Lidin, 29, yang diwakili peguam Dato’ Rakhbir Singh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh membunuh Yaccob Nasran, 18, pada 15 Disember tahun lalu jam 3.30 pagi hingga jam 4.30 pagi, di luar bangunan dekat Siam Thai Bar, Jalan Asia City, Star City, di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwamen­gikutSeksy­en302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung mandatori jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai PendakwaIn­spMohdRasy­dan memberitah­u pihaknya mendapat arahan untuk memohon kes berkenaan dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Kini Mohd Azmin diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah sehingga kes selesai.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan pada 10 Julai tahun ini sebagai sebutan semula kes terhadap seorang lelaki yang didakwa mengedar dan menggunaka­n dadah.

Jul Jahari, 29, berhadapan dengan hukuman gantung mandatori apabila didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu mengedar dadah seberat 50.16 gram.

Kesalahan itu dilakukan pada 30 Mei tahun ini jam 12.12 pagi di tepi jalan Kampung Lok-Buno, Sepanggar.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) akta sama, atas pertuduhan menggunaka­n dadah, pada 30 Mei tahun ini.

Bagaimanap­un untuk kedua-dua pertuduhan itu, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohd Rasydan memberitah­u, laporan kimia belum diperolehi dan beliau memohon satu tarikh baharu untuk sebutan semula kes.

Tertuduh yang bekerja sebagai buruh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia