Utusan Borneo (Sabah)

Pertahan suasana hidup harmoni

Patut jadi kebanggaan rakyat Sabah, kata Chen

-

KOTA KINABALU: Amalan hidup harmoni di Sabah patut menjadi kebanggaan masyarakat di negeri ini.

Konsul Jeneral China ke Sabah Chen Peijie berkata amalan hidup berbilang kaum dan bangsa dengan harmoni pada masa sekarang perlu dipertahan­kan dan seharusnya menjadi kebanggaan rakyat Sabah.

“Amalan ini patut menjadi kebanggaan negeri Sabah kerana sepanjang dua tahun setengah saya di sini, saya dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman itu.

“Sepanjang tempoh itu, saya mendapat ramai rakan dari pelbagai bangsa dan agama bukan hanya berbangsa Cina tetapi juga Kadazan, Dusun, Bajau, Melayu dan juga India.

“Saya amat kagum kerana walaupun rakyat Sabah mempunyai pelbagai kaum dan agama, mereka dapat hidup harmoni dan sewajarnya menjadi contoh kepada negeri serta negara lain,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi kelmarin.

Chen yang memulakan tugas pada 30 Januari 2015 bakal mengakhiri tugasnya pada awal Julai juga melahirkan rasa syukur kerana dapat merasai pengalaman hidup berbilang bangsa dan agama serta akan merindui suasana itu.

“Sepanjang tempoh saya berkhidmat di sini, saya dapat merasai pengalaman menyambut pelbagai perayaan antaranya, Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Pesta Kaamatan dan sebagainya,” katanya.

Ditanya apa yang bakal dirindukan apabila pulang ke China nanti, Chen memaklumka­n buah durian, pemandanga­n matahari terbenam dan lokasi-lokasi pelanconga­n yang terdapat di negeri ini yang pasti akan sentiasa diingatiny­a.

Konsulat Jeneral China ke Sabah pertama di negeri ini turut melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat di sini.

“Saya juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas menteri-menteri yang berkenaan dan melahirkan rasa syukur di atas sokongan kepada saya dan pejabat Konsulat Republik China sepanjang perkhidmat­an saya di sini. Saya berharap hubungan baik antara Sabah dan China ini akan terus berkekalan oleh pengganti saya nanti,” katanya.

Chen juga melahirkan penghargaa­n kepada rakan-rakan media yang bekerja keras dan banyak memberi sokongan kepada pejabat beliau dengan melaporkan perkara-perkara yang benar kepada pejabatnya.

Amalan ini patut menjadi kebanggaan negeri Sabah kerana sepanjang dua tahun setengah saya di sini, saya dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman itu. Sepanjang tempoh itu, saya mendapat ramai rakan dari pelbagai bangsa dan agama bukan hanya berbangsa Cina tetapi juga Kadazan, Dusun, Bajau, Melayu dan juga India. CHEN PEIJIE Konsul Jeneral China

 ??  ?? JUHAR (kanan) menyampaik­an cenderahat­i berupa replika Gunung Kinabalu kepada Chen (kiri).
JUHAR (kanan) menyampaik­an cenderahat­i berupa replika Gunung Kinabalu kepada Chen (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia