Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu GrabCar ditahan polis

Disyaki rogol wanita di dalam kereta

-

KUALA LUMPUR:Polis menahan seorang pemandu GrabCar dipercayai merogol seorang wanita di dalam kereta miliknya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan dekat sini, Ahad.

Dalam operasi pukul 10 malam Ahad, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, lelaki berkenaan dipercayai merogol wanita berusia 29 tahun yang menggunaka­n perkhidmat­annya pada pukul 4 pagi.

“Ketika kejadian, mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak dapat melawan. Selepas itu suspek kemudianny­a menghantar mangsa pulang ke rumah.

“Polis turut merampas pakaian serta kereta jenis Myvi milik suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan di Miri, polis menumpaska­n kegiatan satu kumpulan samun bersenjata yang merompak sebuah kedai serbaneka di Bintulu pada awal bulan ini dengan tertangkap empat suspek pada tengah malam tadi.

Ketua Polis Bintulu Supt Zailanni Amit berkata, keempat-empat suspek ialah lelaki warga tempatan berusia 16 hingga 32 tahun ditangkap pukul 12.30 tengah malam tadi dan mereka mengaku melakukan samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka pada 7 Jun di Tanjung Kidurong di Bintulu.

“Salah seorang suspek yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Chevrolet Colorado telah ditahan kerana dalam keadaan mencurigak­an tengah malam tadi dan hasil soal siasat suspek mengaku melakukan kegiatan samun itu,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, suspek tersebut turut mendedahka­n identiti tiga rakan sejenayahn­ya dan tangkapan dilakukan di tiga lokasi berbeza untuk menangkap ketiga-tiga suspek itu.

“Antara barang dirampas semasa serbuan dilakukan ialah kenderaan pacuan empat roda,sembilan kotak rokok jenama Pall Mall Merah dan seunit telefon bimbit pintar,”katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Ketika

kejadian, mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak dapat melawan. Selepas itu suspek kemudianny­a menghantar mangsa pulang ke rumah. KetuaACP MEGATPolis Daerah MOHAMAD Serdang AMINUDDIN MEGAT ALIAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia