Utusan Borneo (Sabah)

Apam balik, kuih tradisiona­l jadi tarikan

Bazar Ramadan Universiti Apartment tawar pelbagai juadah

- Oleh CLARICE USOP

SETIAP kali bermulanya bazar Ramadan di situlah orang ramai khususnya umat Islam akan berkunjung untuk mendapatka­n juadah berbuka puasa yang jarang ditemui.

Boleh juga dikatakan, bazar seumpama ini yang setiap tahun diadakan menjadi pusat pertemuan sosial dan medium untuk menjana pendapatan bagi para peniaga. Pada kali ini, sekali lagi

Utusan Borneo membawa para pembaca ke Bazar Ramadan Universiti Apartment (UA) yang terletak di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, untuk mengetahui pelbagai juadah yang ditawarkan.

Bazar ini menawarkan pelbagai jenis juadah yang pasti akan membuatkan para pengunjung kembali untuk membeli juadah berbuka puasa.

Bagi mereka yang gemarkan makanan ala Jepun, bolehlah berkunjung ke Gerai Takoyaki dikendalik­an oleh Mohamad Irwan, 40, yang mengetenga­hkan idea Mix Filling’s dalam penyampaia­n hidanganny­a.

“Kami mempunyai kelainan. Ramai pelanggan memberitah­u bahawa mereka menyukai sos buatan kami.

“Dalam satu kotak, terdapat enam bebola. Oleh kerana setiap pelanggan mahu rasa yang berlainan, kami gabungkan semua bahan agar tidak membuang masa,” katanya dan menambah, beliau mendapat idea berkenaan daripada rakannya.

Menurutnya mereka turut mempunyai beberapa lagi gerai cawangan yang beroperasi di Bazar Rama- dan Lintasan Desoka, Indah Permai, Salute Center dan di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Kami membuka cawangan baharu di UA kerana permintaan yang menggalakk­an daripada para pelanggan,” katanya.

Mahu mencari juadah yang manis dan rangup ketika dihidang masih panas? Mungkin kita boleh berkenalan dengan seorang lagi peniaga iaitu Mohd Saril Abd Ganing, 25, yang menjual apam balik.

“Ada kalanya pelanggan mahu sesuatu yang sedap dan rangup ketika masih panas dimakan. Ini menyebabka­n mereka akan mencari apam balik.

“Kami menjual apam balik pada harga lima puluh sen yang berperisa asli manakala perisa lain adalah seperti coklat, blueberry dan strawberry pada harga RM1 setiap satu,” katanya yang menjual di gerai lot kelima.

Menurutnya beliau berjualan di bazar berkenaan buat kali pertama, namun bersyukur kerana mampu menjual apam balik kirakira 300 keping sehari.

Walaupun terdapat pelanggan yang ingin mencari kelainan ketika berbuka, tetapi kuih-muih tradisiona­l tetap mendapat tempat di hati para penggemarn­ya.

Hamidah Abd Aziz, 42, memilih untuk menjual kuih-muih tradisiona­l kerana ingin mengekalka­n warisan terdahulu dari segi pembuatan kuih.

“Kini generasi muda sudah melupakan ‘kuih lama’ dan tidak ingat lagi bagaimana membuat serta menyediaka­n kuih ini.

“Contohnya, kuih abuk- abuk. Cara menyediaka­n kuih ini agak rumit kerana diadun menggunaka­n pulut, kacang tanah dan isi kelapa manis,” katanya yang dibantu oleh rakan kongsinya Rohani Husin, 39.

Mereka yang berasal dari Perak mengakui terdapat perbezaan antara kuih tradisiona­l di Semenanjun­g dan Sabah.

Rasa kuih yang kurang manis dan penyampaia­n yang kemas membuatkan para pelanggan tertarik untuk membeli kuih tradisiona­l buatan mereka.

 ??  ?? HAMIDAH (kiri) dan Rohani (kanan). IKAN
HAMIDAH (kiri) dan Rohani (kanan). IKAN
 ??  ?? bakar turut dijual di bazar berkenaan.
bakar turut dijual di bazar berkenaan.
 ??  ?? MOHD SARIL
MOHD SARIL
 ??  ?? APAM balik, rangup dimakan ketika panas.
APAM balik, rangup dimakan ketika panas.
 ??  ?? MOHAMAD (kanan) menyediaka­n takoyaki.
MOHAMAD (kanan) menyediaka­n takoyaki.
 ??  ?? ANTARA juadah yang lain turut ada dijual.
ANTARA juadah yang lain turut ada dijual.
 ??  ?? MARTABAK turut ada dijual.
MARTABAK turut ada dijual.
 ??  ?? TAKOYAKI Mix Filling’s.
TAKOYAKI Mix Filling’s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia