Utusan Borneo (Sabah)

Tinngalkan kerjaya demi minat bidang masakan

Kartini teruskan impian jadi peniaga makanan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

MINAT mendalam dengan bidang masakan serta hobinya yang gemar memasak mendorong Kartini Jamal, 29, menjadikan dunia masakan sebagai kerjaya sepenuh masa sejak lapan tahun lalu.

Ibu kepada tiga orang anak yang berasal dari Sandakan ini sanggup berhenti kerja demi meneruskan impiannya untuk menjadi seorang usahawan.

Biarpun perniagaan makanan yang diusahakan hanya dibuat dari rumah dan makanan dihantar mengikut konsep COD (Cash

on Delivery) namun, beliau tetap berpuas hati kerana hari demi hari pelanggan yang membuat tempahan daripadany­a semakin bertambah.

Namun wanita ini belum berani untuk mengusahak­an sebuah kedai mahupun restoran besar kerana masih belum cukup yakin dirinya mampu mengendali­kan tempahan dalam jumlah yang banyak.

Selain menjual makanan berasaskan nasi dan laukpauk, wanita ini juga menjalanka­n perniagaan menjual pelbagai jenis biskut sepanjang tahun.

Tempahan biskut biasanya lebih banyak dibuat pada bulan Ramadan. Misalnya pada tahun ini, Kartini yang menjual produk dengan jenama ‘KJ Truly Homemade’ ini menutup tempahan sejak 31 Mei lalu disebabkan tempahan yang terlalu banyak diterima sejak sebelum Ramadan.

Memasuki bulan Ramadan, beliau lebih fokus kepada perniagaan biskut raya dan menghentik­an seketika jualan makanan yang lain.

Berkongsi tentang cabaran yang dihadapi dalam perniagaan berasaskan makanan ini, beliau berkata, disebabkan terlalu ramai orang menggunaka­n konsep COD dalam menjual makanan maka, beliau perlu tampil dengan menu tersendiri dengan harga yang munasabah.

Persaingan yang wujud dalam bidang ini dilihat dari sudut positif kerana ianya adalah persaingan sihat yang mendorong seseorang peniaga itu bijak mengatur strategi pemasaran tersendiri.

“Faktor masa dan kekurangan tenaga kerja juga menjadi cabaran buat saya. Menjelang Ramadan, tempahan biskut yang diterima meningkat dan ia membuatkan saya berdepan dengan cabaran menyiapkan semua tempahan sebelum tarikh yang diminta pelanggan.

“Tahun ini, saya menyiapkan semua tempahan sendiri. Keadaan itu menyebabka­n saya ada kalanya tidak mempunyai masa untuk keluarga. Anakanak ada kalanya terpaksa diuruskan oleh suami yang menjadi pendorong utama saya dalam perniagaan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, demi menyiapkan tempahan sepanjang bulan Ramadan ini, beliau hanya dapat tidur kurang daripada 4 jam sehari. Biarpun ada kalanya terasa letih tetapi, niat untuk membantu menambah pendapatan keluarga memberi kekuatan kepadanya untuk mengorbank­an masa untuk diri sendiri.

Ditanya tentang kursus yang pernah diikuti sebelum mengusahak­an sepenuhnya perniagaan KJ Truly Homemade ini, Kartini berkata beliau tidak pernah mengikuti sebarang kursus masakan. Akan tetapi, beliau pernah bertugas di bahagian F&B (makanan & minuman) di Hotel Four Points Sheraton Sandakan.

Melalui pengalaman bekerja di situ, beliau banyak belajar tentang makanan. Ilmu yang dipelajari semasa bekerja di hotel berkenaan banyak membantuny­a untuk memberi keutamaan dan kepuasan hati pelanggan.

Berkenaan harapannya dalam bidang perniagaan makanan ini Kartini berkata, sudah tentu beliau menyimpan hasrat membuka kedai yang menjual semua produk makanan dan biskut buatannya.

“Jika membuka kedai, lebih ramai pelanggan berpeluang merasai dan mengenali produk makanan yang saya hasilkan. Ia juga memudahkan pelanggan tetap saya untuk mendapatka­n tempahan terus dari kedai,” jelasnya.

“Faktor

masa dan kekurangan tenaga kerja juga menjadi cabaran buat saya. Menjelang Ramadan, tempahan biskut yang diterima meningkat dan ia membuatkan saya berdepan dengan cabaran menyiapkan semua tempahan sebelum tarikh yang diminta pelanggan. KARTINI JAMAL

 ??  ??
 ??  ?? TEMPAHAN biskut raya ‘KJ Truly Homemade’ yang siap dibungkus untuk dihantar kepada pelanggan.
TEMPAHAN biskut raya ‘KJ Truly Homemade’ yang siap dibungkus untuk dihantar kepada pelanggan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KARTINI menunjukka­n tempahan biskut raya yang sudah disiapkan.
KARTINI menunjukka­n tempahan biskut raya yang sudah disiapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia