Utusan Borneo (Sabah)

‘Gemmiq ikan masin rahimah’

Rahimah hasilkan produk ‘gemmiq ikan masin rahimah’

-

PADA mulanya sekadar mencuba, kini menjadi punca rezeki. Begitulah jika ingin disimpulka­n coretan kisah pengusaha dan pengasas makanan melayu asli ini.

Produk makanan keluaran tempatan yang diasaskan oleh seorang suri rumah ini mula mendapat permintaan yang tinggi kerana keunikan makanan itu sendiri.

Rahimah Abdullah, 45, adalah pengasas bagi produk makanan melayu asli yang sinonim dikenali sebagai ‘gemmiq ikan masin rahimah’. Niat asalnya yang sekadar ingin mencuba ternyata menjadi titik tolak perubahan dan punca rezekinya.

Seorang suri rumah yang merupakan anak tempatan Sabah ini tidak pernah mengimpika­n bahawa produk makanan itu mula mendapat tempat di hati orang ramai. Kini usahanya dalam berniaga produk makanan ini boleh dibanggaka­n.

Segalanya bermula apabila dia sekadar menyediaka­n dan menerima tempahan majlismajl­is tertentu sahaja.

“Saya hanya memenuhi tempahan makanan yang ditempah oleh keluarga dan kawan, malah gemmiq ikan masin ini adalah menu wajib untuk mereka.

“Keluarga sayalah yang selalu memberikan galakan kepada saya untuk cuba mengkomers­ialkan produk makanan ini,” katanya.

Penjualan bermula dengan hanya mengambil tempahan majlis tertentu, kemudian ia mula dibungkus dalam bekas kecil yang dijual pada harga RM10 untuk 100 gram.

Seterusnya, permintaan mula bertambah, bukan sahaja dalam kalangan sahabat malah produk ini mula mendapat permintaan daripada orang ramai dan jumlah permintaan adalah tinggi.

Gemmiqikan­masinrahim­ah ini adalah satu resipi turun temurun keluarga. Bahan mentah utama hanyalah ikan masin, lada dan bawang.

Namun, apa yang menjadi satu kekuatan pada produk makanan ini adalah ia tahan lama serta boleh terus dimakan.

Produkinim­ampubertah­an sehingga satu bulan bahkan lebih daripada tempoh itu jika disimpan dengan kaedah yang betul.

Pengasas produk ini menjadikan gemmiq ikan masin rahimah sebagai menu atau produk utama dalam perniagaan­nya. Dia juga menghasilk­an produk makanan lain yang berasaskan ikan masin atau bahan kering lain seperti udang kering.

Tambahan lagi, keterlibat­annya dalam Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau juga telah banyak membantu dalam memberikan­nya nasihat berkaitan pengurusan produk.

Rahimah, juga menjadi ahli Pertubuhan Peladang Wanita (Peladang Nita) kawasan Tawau dan berjaya mengurus produk makanan ini sesuai dengan piawaian yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Saya banyak belajar daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau berkenaan bagaimana menghasilk­an satu produk yang mampu bersaing dan mendapat tempat di hati orang ramai,” katanya.

Pelbagai maklum balas yang diterima hasil daripada penjualan produk makanan ini. Sesuai dengan matlamat utamanya adalah untuk memperkena­lkan resipi melayu asli ini kepada orang ramai.

Seorang guru yang juga pelanggan tetap, Noor Ashikin Harun, 37, berkata produk itu sangat sesuai untuk dijadikan sebagai bekalan semasa melakukan aktiviti di luar kawasan.

“Saya selalu membeli dalam jumlah yang banyak. Kami selalu mengembara bersama suami, jadi kami bawalah makanan ini semasa kembara itu sebab ia mudah, ringkas dan boleh terus dimakan,” katanya.

Azlan Ibrahim, 28, pekerja awam mengatakan produk ini sinonim kepada semua lapisan masyarakat khususnya selera masyarakat dinegara ini.

“Produk ini memberikan saturasase­akan-akanmasaka­n orang dahulu dan isi ikannya juga lembut sesuai dimakan semua lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, mahasiswi UMS dan anak kelahiran Kedah, Noor Amirah Ismail, 22, berkata ia adalah satu produk yang berkualiti kerana cukup mudah disediakan dan sedap.

“Saya sebagai pelajar sangat berjimat cermat dengan perbelanja­an, jadi saya mendapatka­n produk ini dan menjadikan­nya bekalan makanan saya pada masamasa tertentu,” katanya ketika ditanya mengenai produk makanan itu.

Menurut Rahimah penghasila­n produk makanan itu mampu memberikan satu kepuasan kepada pelanggan kerana ia adalah resipi yang ringkas dan sedap.

“Alhamdulil­lah, produk ini mula mendapat tempat di hati orang ramai, permintaan mula meningkat sejak kali pertama produk ini dikomersil­kan.

“Selalunya, pelanggan saya akan membelinya dalam jumlah yang banyak atau secara pukal,” katanya.

Gemmiq Ikan Masin Rahimah ini adalah satu resipi turun temurun keluarga. Bahan mentah utama hanyalah ikan masin, lada dan bawang. Namun, apa yang menjadi satu kekuatan pada produk makanan ini adalah ia tahan lama serta boleh terus dimakan.

 ??  ?? RAHIMAH dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan bersama produk gemmiq ikan masin.
RAHIMAH dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan bersama produk gemmiq ikan masin.
 ??  ?? GEMMIQ ikan masin rahimah semakin mendapat tempat di hati orang ramai.
GEMMIQ ikan masin rahimah semakin mendapat tempat di hati orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia