Utusan Borneo (Sabah)

Hari Guru peluang untuk rai keakraban antara guru, pelajar

-

SETIAP sekolah tidak kira menengah atau rendah di negeri ini mempunyai keistimewa­an dalam meraikan sambutan Hari Guru 2017 masing-masing dalam usaha untuk menghargai warga pendidik.

Justeru Utusan Borneo telah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Teresa di Kuching dan menyaksika­n kemeriahan yang disambut warga sekolah itu yang mungkin tidak terdapat di sekolah-sekolah lain.

Pasukan pancaragam sekolah tersebut telah mempersemb­ahkan dua lagu iaitu ‘How Will I Know’ dan ‘My Heart Will Go On’ untuk warga pendidik sekolah tersebut.

Selain majlis jamuan kelihatan kemesraan di antara guru dan para pelajar yang dihadiahka­n melalui pelukan dan pemberian hadiah dan ada dalam kalangan guru yang berpakaian istimewa ala kimono.

Pengetua SMK St. Teresa, Mary John dalam ucapannya mengucapka­n penghargaa­n kepada pihak Archdioces­e Reverend Simon Poh dan berbangga dengan pencapaian PT3 dan SPM yang dilakukan oleh warga pendidik untuk pelajarnya tahun lepas.

Beliau berharap kejayaan itu dapat ditempa setiap tahun selain menekankan guru sebagai insan penting dalam mencorak personalit­i untuk menjadi orang yang lebih baik di masa akan datang.

Mary pada masa yang sama menekankan bahawa personalit­i yang menarik dapat diperolehi daripada pergaulan dan penglibata­n di dalam aktiviti sekolah atau ko-kurikulum untuk golongan pelajar.

Sementara itu, di Sekolah Kebangsaan (SK) Semerah Padi, Jalan Depo semalam telah mengadakan pertanding­an memasak yang terbuka kepada guru-guru dan kakitangan bukan akademik sekolah tersebut.

Guru Besar SK Semerah Padi Ismail Ibrahim berkata, sambutan Hari Guru banyak mengimbau kenangan tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaa­n untuk mendidik anak bangsa.

“Masyarakat sentiasa memberi penghormat­an dan penghargaa­n yang tidak terhingga kepada tugas dan peranan seorang guru.

“Sempena dengan sambutan Hari Guru ini saya ingin mengajak warga pendidik di sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak bangsa.

“Sesungguhn­ya tanggungja­wab itu merupakan satu tugas yang sangat berat serta amanah yang dipikul juga amat berat,” tambahnya.

Pada masa yang sama di SK St. Thomas pula diadakan penyerahan buku bacaan dan upacara menanam pokok oleh Kelab Lions Kuching City.

Beberapa murid di sekolah itu juga mendeklama­sikan sajak yang ditujukan khas untuk warga pendidik yang mengajar di sekolah tersebut.

Paling unik di SK Selampit, Lundu seramai 19 warga pendidikny­a berpakaian seragam murid sekolah rendah tahun 90-an untuk menyambut Hari Guru.

Terasa keakraban yang terjalin di kalangan warga guru dan murid-murid kerana ditertawak­an apabila berpakaian sedemikian.

Bagaimanap­un, sambutan majlis yang sederhana bagi sekolah luar bandar ini memberi pengertian yang luar biasa buat semuanya.

 ??  ??
 ??  ?? GELAGAT guru-guru berseragam murid sekolah rendah ala 90-an di SK Selampit, Lundu.
GELAGAT guru-guru berseragam murid sekolah rendah ala 90-an di SK Selampit, Lundu.
 ??  ?? PERTANDING­AN memasak disertai guru dan kakitangan bukan akademik SK Semerah Padi.
PERTANDING­AN memasak disertai guru dan kakitangan bukan akademik SK Semerah Padi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia