Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Guru SMK Muara Tuang sederhana namun tetap meriah

-

SAMBUTAN Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang, Kota Samarahan berlangsun­g dengan meriah meskipun disambut secara sederhana.

Majlis peringkat sekolah pada 16 Mei lalu turut diceriakan dengan kehadiran Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Muara Tuang Nawi Som.

Progam itu dimulakan dengan bacaan doa wakil Tingkatan 6 iaitu Mohammad Aiman Asraf dan ucapan wakil pelajar Audrey Changak sebelum diteruskan dengan amanat daripada pengetua Ahmat Daud Lugom.

Dalam ucapan ringkasnya, Ahmat menyeru semua guru SMK Muara Tuang menyahut tema Hari Guru Peringkat Kebangsaan, iaitu ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ agar sentiasa berusaha dengan gigih demi mendidik anak bangsa.

Guru-guru telah melafazkan ‘Ikrar Guru’ dan menyanyi lagu ‘Guru Malaysia’ dengan penuh bersemanga­t.

Upacara memotong kek Hari Guru turut diadakan pihak pentadbir sekolah dan YDP PIBG selain pelbagai aktiviti lain termasuk persembaha­n pelajar dan Anugerah Guru — Student’s Choice Award 2017.

Kemuncak aktiviti pada hari tersebut adalah pameran Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) anjuran bidang sains dan matematik SMK Muara Tuang.

Para guru juga diraikan dengan jamuan Hari Guru sebagai simbolik menghargai jasa guru-guru bagi mengakhiri sambutan Hari Guru peringkat sekolah tersebut tahun ini.

 ??  ?? UPACARA memotong kek sempena Hari Guru.
UPACARA memotong kek sempena Hari Guru.
 ??  ?? GURU menyahut tema Hari Guru Peringkat Sekolah ‘I am Who I am’.
GURU menyahut tema Hari Guru Peringkat Sekolah ‘I am Who I am’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia