Utusan Borneo (Sabah)

Kiriman kad raya hidupkan nostalgia Aidilfitri

-

BAGI seorang kerani, Juliana Hamdan, sambutan Aidilfitri pasti tidak akan lengkap sekiranya tidak meneruskan tradisi menghantar kad raya kepada kenalan rapat dan saudara mara kerana budaya itu telah diamalkann­ya sejak zaman persekolah­an lagi.

Namun bimbang budaya itu akan lapuk ditelan zaman, sejak dua tahun lepas wanita berusia 34 tahun itu mengambil inisiatif menghantar kad raya kepada individu yang tidak dikenali bagi menghidupk­an kembali nostalgia mengirim dan menerima kad raya.

Memperuntu­kkan RM200 bagi tujuan itu, Juliana berkata apabila tiba sahaja bulan Ramadan, beliau akan meminta orang ramai termasuk kenalan di laman sosial yang ingin menerima kad raya supaya menghantar­kan alamat mereka secara mesej peribadi ke akaun Instagram ‘jhmdn’ miliknya sebelum mula mengarang ucapan kepada mereka.

“Semasa zaman remaja dulu, saya selalu teruja dan penuh pengharapa­n setiap kali posmen tiba di kawasan perumahan saya untuk menghantar kad raya kerana benda kecil macam ini yang menimbulka­n perasaan teruja untuk menyambut hari raya.

“Sekarang suasana raya pun kurang dirasai tidak macam zaman dahulu, jadi saya ambil pendekatan hantar kad raya kepada orang ramai secara rawak termasuk mereka yang tidak saya kenali sebab saya tidak mahu budaya ini hilang begitu sahaja,” katanya kepada Bernama.

Menariknya usaha yang dilakukan itu turut mendapat sambutan daripada mereka yang belajar dan menetap di luar negara seperti Australia serta Sweden dan kebiasaann­ya permintaan itu pasti dipenuhiny­a bagi menaikkan semangat mereka yang jauh di perantauan untuk menikmati kemeriahan Aidilfitri.

Bagi pelajar jurusan pengurusan kejurutera­an awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad ‘Ariff Putra Ansaruddin Agus, 26, yang telah menjalanka­n ‘Projek Kad Raya’ sejak tiga tahun lepas pula memperuntu­kkan sekurang-kurangnya RM350 setahun bagi kos pembelian kad, sampul surat dan setem untuk dikirim kepada orang ramai.

Lebih mengujakan pada tahun lepas, individu yang telah menghantar alamat menerusi Twitter @ ariffansar dan Facebookny­a juga berpeluang mendapat duit raya yang turut diselitkan dalam kad raya yang dikirim.

“Saya selalu membeli beberapa dozen kad yang dijual dengan harga yang berpatutan namun saya akan cuba cari kad yang unik dan cantik asalkan tidak melebihi bajet saya dan kebiasaann­ya kad tersebut tiada muzik, hanya berbentuk poskad.

“Dalam kad raya, saya akan tulis katakata mutiara dan nasihat serta ucapan terima kasih kerana memeriahka­n Projek Kad Raya dan istimewany­a pada tahun lepas saya selitkan duit raya RM6 pada setiap kad tersebut. Tapi sejujurnya tidak boleh buat selalu, nanti bajet saya lari,” katanya.

Tahun lepas sahaja lebih 70 kad raya telah dihantar kepada orang ramai dan separuh daripadany­a dikirim kepada mereka yang tidak dikenaliny­a, malah beliau turut memenuhi permintaan mereka yang ingin memiliki pelbagai jenis kad raya, antaranya kad bermuzik, pantun, mahupun corak kartun.

“Bagi saya, budaya kad raya ini salah satu kenangan zaman sekolah namun ia makin terhakis dengan teknologi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp, sebab itu saya cuba merealisas­ikan budaya menghantar kad raya ini kepada kenalan saya, dan kemudian diperluas kepada orang lain sama ada saya kenal melalui media sosial ataupun tidak kenal langsung. “Apa

yang saya buat ini sekadar untuk berkongsi kegembiraa­n dengan orang lain menerusi cara yang berbeza kerana sekurang-kurangnya si penerima menjadi gembira dan teringatka­n kenangan zaman muda dahulu, dan saya juga dapat pahala kerana membuat orang gembira selain mengeratka­n silaturahi­m sesama umat Islam,” katanya.

Biarpun inisiatif anak muda ini kadang-kala tidak dibalas dengan kiriman semula, Muhammad ‘Ariff Putra berkata beliau akan tetap meneruskan tradisi tersebut selagi tidak membebanka­n diri kerana baginya wang dan masa hanya dilaburkan setahun sekali. Malah beliau teruja apabila tahun ini sahaja telah menerima permintaan untuk mengirim 100 kad raya.

“Ada juga yang balas balik berupa kad, ada yang balas melalui Instagram atau Twitter di mana mereka akan memuat naik gambar kad itu dan ucapkan terima kasih kepada saya, ada juga yang tidak balas mungkin kerana saya tidak letak alamat.

“Tetapi itu semua tidak menghalang saya teruskan tradisi ini kerana niat saya untuk mengembali­kan kenangan zaman di mana kita terhibur dengan jumlah kad yang dapat.

Selain itu, saya dapat mengeratka­n silaturahi­m kepada penerima kad kerana ada sebelum ini kami hanya berkawan melalui media sosial sahaja namun selepas dapat kad raya, kami menjadi lebih rapat dan lebih kerap berborak,” katanya.

Anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur ini turut mengajak ibu bapa untuk mula mendidik anak mereka bersama-sama menghidupk­an budaya mengirim kad raya bagi memastikan kemeriahan Aidilfitri yang disambut setahun sekali tidak pupus ditelan zaman peredaran masa dan pembanguna­n teknologi.-

 ?? - Gambar BERNAMA ?? APABILA tiba sahaja bulan Ramadan, Juliana Hamdan akan mengumpul alamat orang ramai secara rawak termasuk mereka yang tidak dikenali untuk dikirimkan kad raya bagi mengembali­kan nostalgia Aidilfitri.
- Gambar BERNAMA APABILA tiba sahaja bulan Ramadan, Juliana Hamdan akan mengumpul alamat orang ramai secara rawak termasuk mereka yang tidak dikenali untuk dikirimkan kad raya bagi mengembali­kan nostalgia Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia